Tech

Samsung Bakal Lancar Telefon Bimbit Galaxy A70 Dengan Fungsi Yang Lebih Canggih

Samsung sekali lagi menggegarka pasaran teknologi dengan keluaran telefon bimbit terbarunya iaitu Samsung Galaxy A70 yang merupakan generasi A series dari syarikat gergasi elektronik tersebut.

Telefon Samsung Galaxy A70 ini memiliki fungsi sensor kamera yang lebih besar daripada Galaxy A30 dan Galaxy A50. Telefon ini memiliki tiga kamera yang tersusun sebaris di bahagian belakang telefon bimbit.

Foto: Googleness

Di bahagian kamera utama ia memiliki 32MP f/1.7, manakala bagi kamera kedua pula ia memiliki 8MP f/2.2 ultra wide sensor dan bagi kamera yang ketiga pula memiliki 5MP f/2.2 dengan fungsi depth sensor.

Di bahagian hadapan telefon bimbit pula, ia memiliki kamera 32MP f/2.0 yang cukup canggih. Berbanding dengan kamera pada telefon bimbit Galaxy A50 dengan 25MP kamera sensor dan 16MP bagi telefon bimbit Galaxy A30.

Foto: KL Gadget Guy

Dari segi spesifikasi pula, telefon ini menggunakan cip daripada Octa-Core Exynos SoC yang di perkasa dengan 2+6 configuration. Selain itu, telefon ini mungkin memiliki 6GB atau 8GB RAM dengan 128GB kapasiti storan dalaman.

Tambahan lagi, telefon ini juga dikatakan menggunakan Android 9.0 Pie dan One UI. Dari segi kapasiti bateri pula, telefon ini memiliki kapasiti bateri sebanyak 4500mAh yang di sokong dengan Super Fast Charging teknologi.

Foto: The Verge

Bukan itu sahaja, telefon ini juga menggunakan USB 2.0 atau USB-C port untuk bahagian connectivity dan telefon ini juga memiliki dual SIM.

Galaxy A70 ini akan keluar dengan empat warna yang berbeza iaitu black, blue, coral dan white. Dari segi harga dan bila ia akan tiba di pasaran Malaysia masih belum di ketahui lagi.

Tetapi ianya tidak lama untuk mendapatkan maklumat terperinci kerana pada 10 April ini Samsung akan membuat sidang media dan akan memberi maklumat dengan lebih lanjut berkenaan telefon baru ini nanti.