Audio, Inovasi

TGV Cinemas Tingkatkan Pengalaman IMAX Di TGV 1 Utama Dengan IMAX® Laser Dan Teknologi Bunyi 12 Saluran

Selepas pelancaran IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Pavilion Bukit Jalil dan TGV Sunway Velocity, TGV Cinemas dengan bangganya memperkenalkan pengalaman IMAX yang baharu ini ke TGV 1 Utama. Pencapaian ini meneguhkan kedudukan TGV Cinemas sebagai peneraju pasaran teknologi IMAX di Malaysia, dengan jumlah lokasi terbanyak yang menampilkan IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran.

Pawagam IMAX di TGV 1 Utama juga dilengkapi dengan tempat duduk baharu, menjanjikan tahap keselesaan yang baharu dan pengalaman tontonan yang optimum. Sistem IMAX dengan Laser menyediakan imej yang lebih tajam, jelas, dan nyata, memberikan visual yang lebih realistik pada skrin besar.

Kualiti visual yang ditingkatkan ini disertai dengan Teknologi Bunyi 12 Saluran di dalam dewan, menawarkan pengalaman bunyi yang lebih kuat dan immersif yang dapat dirasai oleh penonton.

Tan Lay Han, Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas berkata,

“Dalam tempoh dua bulan sahaja, kami telah memperkenalkan IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV Pavilion Bukit Jalil dan TGV Sunway Velocity.

Kini, kami telah memperkenalkan teknologi IMAX baharu ini ke TGV 1 Utama, lokasi ketiga kami. Selain itu, kami juga telah menaiktaraf pawagam IMAX TGV 1 Utama dengan tempat duduk yang baharu. Matlamat kami adalah untuk memastikan penonton filem kami bukan sahaja dapat mendalami filem yang ditonton, malah dapat merasai keselesaan yang baharu ini. Di TGV Cinemas, kami berhasrat untuk sentiasa tingkatkan inovasi sinematik dan menyediakan pengalaman tontonan filem terbaik di lebih banyak lokasi yang akan datang.”

Rasai pengalaman IMAX dengan Laser dan Teknologi Bunyi 12 Saluran di TGV 1 Utama bermula Sabtu, 2 Disember 2023!

Layari tgv.com.my untuk maklumat lanjut.