Samsung menayangkan televisyen seluas 75 inci atau 190cm yang di perbuat daripada micro panel LED di Las Vegas kelmarin. Biasanya penggunaan micro LED ini di gunakan pada papan billboard.
Tetapi Samsung tampil kreatif dengan hasil ciptaan televisyen yang dinamik dengan penggunaan micro LED pada skrin televisyen. Dan ini membuatkan Samsung sebagai pengeluar produk elektronik dengan konsep yang tersendiri dan unik.
Selain itu, produk sebegini akan membawa dunia teknologi ke arah yang baru. Jadi tidak mustahil, selepas ini akan banyak syarikat-syarikat pengeluar elektronik televisyen yang akan menghasilkan televisyen micro LED dan membawa seisi keluarga menikmati televisyen yang teknologi canggih di rumah!