Tak lama lagi, pengguna Facebook boleh saling berkirim duit melalui Facebook Messenger. Pengiriman wang dapat dilakukan menggunakan PayPal.
Sebelumnya, pengiriman wang dengan Facebook Messenger sudah boleh dilakukan tapi pengguna harus menggunakan kad kredit atau debit.
Menurut Android Authority, kini Facebook menyediakan perkhidmatan PayPal agar proses pengiriman wang boleh dilakukan.
Sebenarnya ini bukan kali pertama Facebook bekerja sama dengan PayPal, sebelumnya Facebook Messenger sudah menggunakan PayPal untuk pembayaran.
Untuk menggunakannya, pengguna perlu klik Plus warna biru di Facebook Messenger, kemudian klik Payment berwarna biru. Seterusnya akan ada dua opsyen dan anda hanya perlu memilih PayPal. Akaun PayPal kamu pun akan terus terhubung ke Messenger.
Tapi ketika ini pengiriman wang melalui Facebook Messenger baru boleh dilakukan oleh pengguna Facebook di Amerika Syarikat. Malaysia belum boleh guna ciri terbaru ini.
Sumber Economic TImes