Tech

WhatsApp Limitkan Penghantaran Mesej Forward Di India?

WhatsApp limitkan penghantaran mesej forward di India? Macam mana boleh jadi macam tu sekali? Siap kena limitkan penghantaran mesej forward pula ni, mesti ada isu ni.

Terbaru WhatsApp melimitkan penghantaran mesej forward di India sebagai langkah untuk mengekang maklumat palsu yang boleh membawa kepada kegiatan keganasan.

Foto: Guardian

Dan polisi ini telah di sebarkan secara meluas. Malah Facebook juga turut melimitkan servis forward mesej kepada 20 orang atau kumpulan yang mempunyai lima pengguna India yang sama telah di limitkan sejak bulan Julai tahun lalu.

Bermula pada 21 Januari ini, sistem ini akan di kemaskini untuk ke semua pengguna telefon Android dan iOS. 

Foto: CNN

Meskipun tiada kajian yang di jalankan samaada langkah sebegini berkesan di India bagi mengurangkan maklumat-maklumat palsu, tetapi ia menunjukan bahawa WhatsApp berdiri di garisan dan panduan mereka di antara kesahihan dan kerahsiaan sesuatu maklumat.

Isu melimitkan penghantaran mesej forward boleh di pandang sebagai salah satu cara mengawal sebarang hebahan maklumat palsu dan sekaligus menyekat sebarang kegiatan keganasan yang boleh berlaku kerana hebahan maklumat yang tidak benar di kalangan masyarakat.

Seperti kata pepatah orang dahulu “Mencegah itu lebih baik, dari mengubati” betul tak?