Telefon Pintar

HONOR Bakal Lancar Telefon Paling Nipis dan Ringan di Malaysia

HONOR Malaysia menyambut 2024 dengan memperkenalkan telefon pintar flagship perintis baharu yang menggabungkan rekaan rapi, inovasi dan teknologi termaju. Kedatangan peranti flagship tersebut telah diumumkan di Facebook rasmi HONOR Malaysia, hari ini dan adalah telefon pintar paling nipis dan ringan setakat ini.

Pilihan Terbaik Era Baru HONOR

Peranti ini mengagumkan kerana memasuki era milimeter dan muncul sebagai Pilihan Terbaik Era Baru.

Ia mencerminkan komitmen berterusan HONOR dalam melangkau sempadan inovasi bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman generasi mendatang sebenar yang mengetengahkan peranti terbaik dalam teknologi telefon pintar pada masa kini.

Nantikan pengumuman rasmi pada 3 Januari 2024 dengan mengikuti perkembangan HONOR di laman web dan Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Bersedia menyaksikan sebuah peranti yang bukan sahaja mencerminkan dedikasi jenama ini terhadap inovasi, tetapi turut menawarkan teknologi tiada tandingan dan serba boleh bagi pengguna yang mencari telefon pintar terbaik.

 

Tags