Telefon Pintar

Ciri-ciri Utama HONOR 200 Pro, Telefon Pintar Flasghip Estetik AI Didedahkan

HONOR 200 Pro telah dilancarkan di Malaysia, menawarkan ciri-ciri bertaraf flagship dalam telefon kelas pertengahan premium. Dengan permintaan tinggi dari peminat, buat pertama kali, HONOR membawakan versi Pro siri HONOR 200 ke Malaysia. Telefon pintar ini menampilkan keupayaan fotografi potret dan ciri-ciri canggih yang biasanya terdapat pada peranti premium seperti HONOR Magic6 Pro.

HONOR 200 Pro dilengkapi dengan kamera utama 50MP yang menggunakan Sensor H9000, yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR yang hebat. Sensor ini juga dilengkapi dengan Dual Optical Image Stabilisation (OIS) dan sistem Electronic Image Stabilisation (EIS) untuk menangkap imej yang jelas dalam keadaan malap atau semasa objek bergerak. Selain itu, telefon ini mempunyai kamera telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX 856, yang mampu menangkap potret dan objek jauh dengan ketajaman yang tepat.

HONOR 200 Pro juga menawarkan bateri karbon silikon 5,200mAh dengan pengecasan pantas berwayar 100W dan pengecasan tanpa wayar 66W. Ini memastikan pengguna boleh mengecas telefon dengan cepat dan mudah. Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 dan kesambungan 5G yang dipertingkatkan oleh cipset HONOR C1 + RF, HONOR 200 Pro memastikan prestasi tinggi dan kesambungan yang lancar. Dengan perisian MagicOS 8.0 yang membawa kuasa AI untuk pengalaman pengguna yang lebih intuitif, telefon ini menawarkan pengalaman yang diperibadikan dan selamat.

Pastikan anda dapatkan berita terkini siri HONOR 200 dengan mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR

Tags