Gear

MINI Malaysia Meraikan Cita ‘Big Love’ Dengan Kepulangan MINIfest 2023

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia akan menganjurkan sebuah festival bertema MINI dengan menyajikan pelbagai aktiviti dan hiburan, di samping memperagakan barisan kenderaan MINI yang bersejarah, yang membolehkan warga MINIacs mengukir kenangan baharu berlandaskan cinta mereka ke atas jenama ini.

Para pengunjung dapat mengamati sebuah pengalaman yang diisi dengan semangat ‘Big Love’ dan ‘Big Fun’, dengan kepulangan MINIfest yang membariskan aktiviti-aktiviti seperti pameran kenderaan MINI, sesi pandu uji yang eksklusif, sesi melukis secara ‘live’, serta aneka program hiburan dan bengkel untuk membangkitkan semangat kekitaan dalam kalangan warga MINIacs sebagai sebuah keluarga besar.

Amati keserian suasana festival ini, di mana anda dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang mengujakan – antaranya ialah MINI Slingshot, di mana para pengunjung akan dapat menyaksikan MINIfest dari satu sudut yang lebih memukau, serta aneka permainan karnival kegemaran ramai untuk menyalakan semangat ‘Big Love’ dan memeriahkan lagi festival tersebut.

Bukan itu sahaja, acara ini turut disokong oleh rakan-rakan jenama MINI dari pelbagai latar belakang, termasuk vendor-vendor bergerak, menawarkan aneka produk yang menarik untuk dibeli oleh warga MINIacs di festival tersebut. Daftarkan kehadiran anda ke acara ini dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang kami telah pilih bersama rakan-rakan kongsi kami, menerusi pelbagai sesi cabutan bertuah yang dijadualkan sepanjang hari tersebut.

Menerusi kerjasama dengan Modle.play, MINI Malaysia telah merangka sebuah pengalaman yang mempesonakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga termasuk anak-anak kecil, di samping dua bengkel khas yang akan dianjurkan pada hari tersebut, serta ruang main untuk kanak-kanak yang dihiasi dengan aneka permainan yang diperbuat daripada kayu. Salah satu bengkel tersebut dirumus untuk memperkasa minda golongan muda dengan aktiviti membangunkan jentera MINI berkuasakan bateri, manakala bengkel yang kedua akan mencungkil kreativiti para pengunjung melalui aktiviti reka suai rantai kunci dan barang kemas MINI.

Selain aneka hiburan yang bakal disajikan, warga MINIacs juga dapat menyaksikan sejarah jenama MINI dan evolusinya yang mengagumkan melalui sebuah pameran di MINI Garage. Pameran ini akan membawa pengunjung menyusuri legasi kenderaan MINI serta transformasinya yang bertunjangkan inovasi dari detik ia diasaskan, dipersembahkan melalui peragaan jentera MINI Classic, MINI 3-Door R53, MINI 3-Door R56, MINI Coupe R58, MINI Countryman R60, dan MINI Paceman JCW R61.
Juga menampilkan 12 vendor yang popular di Tiffin at the Yard, festival ini akan menyajikan aneka juadah istimewa bertema MINI bagi memuaskan selera warga MINIacs.

Program Pandu Uji juga akan diadakan sepanjang hari tersebut, dari jam 11 pagi hingga 7 malam, memberi warga MINIacs peluang untuk mengalami sendiri kehebatan jentera MINI Countryman dan MINI Electric di acara tersebut.

  • Butiran acara MINIfest 2023:
  • Tarikh: Sabtu, 22 Julai 2023
  • Waktu: 11:00 pagi – 9:00 malam
  • Lokasi: Tiffin at the Yard @ Sentul Depot
  • Sentul West, Jalan Stracha,
  • 51100, Kuala Lumpur.

Hadiah aluan yang eksklusif akan diagihkan kepada 200 pengunjung terawal yang telah pradaftar sahaja, 300 pengunjung pradaftar yang seterusnya akan dihadiahkan baucar F&B yang serba unik. Untuk maklumat lanjut mengenai MINIfest 2023 atau jika anda ingin membuat prapendaftaran untuk memudahkan akses anda, sila layari www.mini.my/en_MY/home/happenings/minifest-2023.