Gear

Menangi Percutian ke Korea Dengan Kempen Joyful Journeys GoCar

GoCar Malaysia, peneraju platform perkhidmatan mobiliti berdasarkan kepada permintaan telah melancarkan kempen Tahun Baru Cina yang menawarkan hadiah dan tawaran eksklusif ke atas semua rangkaian perkhidmatannya seperti GoCar Share, GoCar Subs, GoCar Garage dan GoCar Cuba Beli.

Berlangsung sehingga 29 Februari 2024, kempen dengan tema “Joyful Journeys: Drive into the New Year with Prosperity” itu bertujuan memberi kemudahan dan perjalanan yang selamat kepada pengguna GoCar. Pada masa sama dapat menikmati lebih penjimatan dan hadiah menarik, termasuklah percutian ke Korea.

Menangi percutian ke Korea dan banyak lagi…

Tarikan utama kempen ini ialah peraduan Double Fortune Lucky Draw Dip yang menawarkan peluang peserta memenangi hadiah utama berupa tiket pergi balik untuk dua orang ke Korea. Hadiah kedua ialah Apple Watch, diikuti oleh hadiah ketiga iaitu Apple AirPods. Hadiah saguhati tambahan termasuklah pakej menukar minyak TotalEnergies Fully Synthetic, pakej TotalEnergies Semi-Synthetic dan baucar Zus Coffee bernilai RM10 setiap satu.

Peraduan ini terbuka kepada semua perkhidmatan yang mengambil bahagian. Pelanggan boleh meningkatkan peluang kemenangan dengan memperbanyakkan penyertaan yang berbeza mengikut perkhidmatan GoCar. Untuk mengetahui jumlah penyertaan bagi setiap perkhidmatan, sila layari lamanjoyfuljourneys.gocar.my/. Pemenang akan diumumkan pada minggu pertama bulan Mac.

Untuk lebih penjimatan dan kemudahan, GoCar turut menawarkan promosi-promosi eksklusif CNY sepanjang tempoh kempen untuk setiap perkhidmatan yang mengambil bahagian.

Perkongsian kereta jangka masa pendek dengan GoCar Share

Mereka yang mahu membuat perjalanan jarak dekat boleh menikmati diskaun sebanyak 28 peratus ke atas tempahan minimum sehari dengan kod promo “GODRAGON”. Ini akan memberi penjimatan di antara RM38 dan RM88 sehari.

Promosi ini terpakai kepada tempahan pergi balik (Round Trip) dan terbuka ke atas semua kenderaan di dalam rangkaian GoCar Share. GoCar menawarkan rangkaian luas model termasuklah Perodua Axia, Perodua Bezza, Toyota Vios, Honda City, Nissan Serena dan kereta elektrik seperti Nissan Leaf dan Ora Good Cat.

Para pelanggan GoCar Share boleh menikmati penggunaan kod promo tanpa had sepanjang tempoh kempen, ideal untuk percutian pendek atau pengangkutan mudah di bandar bagi membuat persediaan menyambut perayaan.

GoCar Share boleh didapati 24/7 di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Perkhidmatan ini merupakan pilihan mode pengangkutan yang mudah dan kos efektif kerana pengguna hanya perlu membayar untuk tempoh yang mereka perlukan. Dengan aplikasi mudah alih GoCar, mereka juga boleh membuat tempahan, membuka dan mengunci kereta dengan mudah.

Kekal selamat di atas jalan raya dengan GoCar Garage

Bagi perkhidmatan menukar minyak, GoCar Garage menawarkan diskaun sebanyak 28 peratus ke atas pakej TotalEnergies Quartz terpilih tanpa sebarang had. Untuk pakej minyak sintetik penuh, guna kod promo “HUATFULLY”, manakala bagi pakej minyak semi sintetik, guna kod promo “HUATSEMI”.

Tempahan dan servis mesti dibuat sepanjang tempoh kempen sehingga 29 Februari untuk layak menyertai peraduan Double Fortune Lucky Draw Dip.

Setiap pakej servis minyak ini merangkumi empat liter minyak, satu penapis minyak, satu drain plug dan kos buruh. Penambahan minyak enjin boleh didapati dengan caj tambahan.

Ketika minyak kereta ditukar, pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan lain yang disediakan oleh GoCar Garage seperti servis bateri, brek, cat dan kemek, tayar, sistem pendingin hawa, aksesori, prestasi dan spa kenderaan.

Menawarkan penyelesaian menyeluruh, GoCar Garage membolehkan pelanggan untuk menjadual dan menempah temu janji servis dengan mudah, melihat perincian kerja pembaikan, caj dan membuat pembayaran bagi mendapat pengalaman menyelenggara kenderaan yang menyenangkan.

Lebih penting lagi, pelanggan tidak perlu bimbang kerana tidak akan ada kos-kos tersembunyi atau caj kejutan kerana kerja-kerja pembaikan hanya akan dibuat selepas mereka meluluskan sebut harga berkaitan, yang dilakukan menerusi aplikasi GoCar atau laman web GoCar Garage.

Rakan-rakan GoCar Garage dan Garage mampu untuk menyelenggara semua jenis kenderaan penumpang, termasuklah trak pikap dari jenama tempatan, Jepun, Eropah dan premium.

Rebat serta-merta untuk pembelian kereta terpakai dengan GoCar Cuba Beli

Mereka yang ingin mencari kenderaan terpakai berkualiti boleh menikmati angpao pulangan tunai serta-merta sehingga RM8,888 ke atas model-model terpilih menerusi GoCar Cuba Beli.

GoCar Cuba Beli ialah satu platform kereta terpakai yang menawarkan rangkaian luas pada harga menarik dan terdapat ratusan kenderaan untuk dipilih.

Pelanggan boleh menikmati pelbagai manfaat lain termasuklah penyelesaian pembiayaan, jaminan lanjutan selama 12 bulan, bantuan pinjaman yang pantas dan mudah serta cukai jalan percuma untuk tahun pertama. Mereka juga akan menikmati pakej eksklusif servis percuma setahun minyak enjin semi sintetik premium TotalEnergies Quartz.

Untuk menempah perkhidmatan GoCar, download aplikasi mudah alih GoCar.

Maklumat lanjut mengenai GoCar dan kempen “Joyful Journeys” CNY, sila layari laman web berikut:

Laman kempen Joyful Journey:
GoCar Share:
GoCar Garage:
GoCar Subs:
GoCar Cuba Beli:

Anda juga boleh mengikuti saluran GoCar Malaysia Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok GoCar Malaysia.