Bisnis, Gear

TOYOTA ECO YOUTH Edisi Ke-23 Terus Merperkasakan Generasi Dalam Dalam Isu Alam Sekitar Yang Mampan

UMW Toyota Motor (UMWT), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM), melancarkan Toyota Eco Youth (TEY) Edisi ke-23, sebuah program pendidikan alam sekitar tahunan peringkat kebangsaan. Inisiatif ini membuktikan komitmen UMWT dalam usaha memperkasakan golongan muda agar terlibat secara aktif dalam membangunkan penyelesaian isu alam sekitar yang mampan.

Program tahun ini, yang menyasarkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun, berjaya menarik penyertaan dari 15 sekolah di seluruh negara. Semasa pelancaran TEY 2024, para peserta akan menjalani bengkel intensif 8 langkah Problem Solving Methodology (PSM) oleh Toyota, bagi membentuk pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesaikan masalah.

Selain itu, program ini turut memberikan insentif kepada peserta yang berjaya menunjukkan pencapaian yang tinggi serta berinovatif dalam menyelesaikan masalah alam sekitar dengan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM80,000. Program TEY, yang merupakan lanjutan kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR)syarikat itu, selari dengan komitmen UMWT dalam mengutamakan pemuliharaan alam sekitar. Ia dipandu oleh pelan tindakan alam sekitar Toyota yang menetapkan laluan ke arah mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. menegaskan,

“Program Toyota Eco Youth selari dengan Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050, yang bertujuan untuk mencapai matlamat karbon neutral dan memberikan kesan positif terhadap alam sekitar yang ketara dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta guru mereka.

Selain itu, kami juga berusaha untuk memastikan bahawa kemampanan setiap projek sekolah akan diteruskan walaupun selepas program tahun ini tamat.”

Sejak ia diperkenalkan pada 2001, Toyota Eco Youth telah berkembang dan menjadi program kesedaran alam sekitar sekolah di seluruh negara dengan legasinya yang kaya.

Selama lebih 23 tahun, TEY telah mengalu-alukan penyertaan lebih 300,000 pelajar dari 521 sekolah dan komuniti sekitar mereka.

“Menerusi program Toyota Eco Youth, UMWT secara aktif menangani cabaran alam sekitar semasa sambil melengkapkan para belia dengan kemahiran penting untuk menyelesaikan masalah di masa depan.

Inisiatif ini menerapkan falsafah ‘Move Your World’ kami ke dalam minda para belia, tanpa sempadan untuk masa depan yang mampan,” tambah Datuk Ravindran K.

Toyota Eco Youth terus memupuk penjaga alam sekitar masa depan, menggalakkan inovasi dan penyelesaian praktikal untuk cabaran ekologi. Program edisi ke-23 berjanji untuk meneruskan legasi ini, menyokong inovator muda dalam usaha mereka mencipta masa depan yang lebih hijau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toyota Eco Youth edisi ke-23, sila layari www.toyota.com.my/toyotaecoyouth/

Tags