Hangat.com
  • Home
    • Home – Layout 1
    • Home – Layout 2
  • Berita
  • Review
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
  • Home
    • Home – Layout 1
    • Home – Layout 2
  • Berita
  • Review
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Kad NFC Touch ‘n Go Dijual Mahal ?

by Nurul
October 3, 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa penjualan kad NFC Touch ‘n Go dijual dengan harga tiga kali ganda dari harga asal. Ini amat membimbangkan kerana ia tidak seharusnya berlaku. Sumber Berita Harian mengatakan Kad NFC TnG dijual pada harga RM10 di lokasi stesen minyak terpilih atau menerusi transaksi dalam talian menggunakan aplikasi TnG. Namun, penjualan kad itu sejak April tahun ini bagaimanapun dilaporkan mengalami bekalan yang terhad di saluran berkenaan.

Via Touchngo.com

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kegiatan penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch ‘n Go (TnG) di platform pasaran dalam talian pada harga berlipat kali ganda. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP telah menerima empat aduan rasmi mengenai kad NFC TnG dan mengesan 13 iklan jualan kad berkenaan membabitkan beberapa platform dalam talian.

“Individu berkenaan didapati menjual sekeping kad NFC TnG yang asalnya berharga RM10 tanpa ada sebarang kredit di dalamnya pada kadar lebih lima kali ganda, menerusi platform pasaran dalam talian,” katanya.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini mendedahkan berdasarkan siasatan awal, penjualan kad NFC TnG itu turut membabitkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak.

Nanta berkata, berdasarkan semakan dan maklumat daripada pengelola platform pasaran dalam talian, sebanyak 11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes berkenaan.

“Kegagalan berbuat demikian, pihak terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas,” katanya.

Via Touchngo.com

Nanta berkata, pihak KPDNHEP dijangka mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG minggu ini bagi mendapatkan status kaedah semasa penjualan kad NFC TnG dan status isu kekurangan bekalan kad NFC TnG. Kad NFC TnG membolehkan pengguna membuat tambah nilai pada bila-bila masa dan di mana-mana saja daripada aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang terdapat di peranti mudah alih. Malah, pengguna kad dan perkhidmatan itu juga tidak dikenakan sebarang surcaj apabila tambah nilai dilakukan

ShareTweetShare

Related Posts

Australia Ingin Menanam Pokok Di Bulan Menjelang 2025
Berita

Australia Ingin Menanam Pokok Di Bulan Menjelang 2025

October 17, 2022
Lebuhraya DASH Kini Rasmi , Tol Percuma Sehingga 30 November 2022
Berita

Lebuhraya DASH Kini Rasmi , Tol Percuma Sehingga 30 November 2022

March 16, 2023
Stesen Janakuasa Battersea Ikonik Akan Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 14 Oktober 2022
Berita

Stesen Janakuasa Battersea Ikonik Akan Dibuka Kepada Orang Ramai Pada 14 Oktober 2022

October 13, 2022
Akhirnya! WhatsApp Menyokong Sehingga 1024 Peserta Dalam WhatsApp Groups
Berita

Akhirnya! WhatsApp Menyokong Sehingga 1024 Peserta Dalam WhatsApp Groups

October 14, 2022
Times Square New York City Secara Rasmi Menjadi Zon Bebas Senjata Api
Berita

Times Square New York City Secara Rasmi Menjadi Zon Bebas Senjata Api

October 14, 2022
[REVIEW] Infinix Tampil Dengan Tema Gaming Pada Note12 2023
Aplikasi

[REVIEW] Infinix Tampil Dengan Tema Gaming Pada Note12 2023

October 11, 2022
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 2
  • Home Page
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2023 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 2
  • Home Page
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2023 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.