Berita

Apple Mempunyai Masalah Kamera Melibatkan Varian iPhone 14 Pro?

Baru-baru ini tergempar, para pengguna iPhone terutamanya mengalami keresahan dek pengeliaran iPhone 14 terbaharu ini. Ini kerana, rata-rata pengguna iPhone melaporkan bahawa ramai pengguna telah menyedari bahawaada yang pelik pada kamera iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max apabila menggunakan aplikasi media sosial. Ini termasuk aplikasi sosial popular seperti TikTok, Instagram dan Snapchat, yang mana kamera akan bergoncang, mengisar atau mengeluarkan bunyi berdengung.

Via Tiktok

Dilihat salah sebuah pengguna tiktiok iaitu @iappleguy yang menunjukkan gegaran pada iPhone 14 di tiktoknya. Walaupun tidak semua orang mempunyai isu yang sama, ia cukup buruk bahawa Apple mengakuinya dan mengeluarkan kenyataan kepada media. Jurucakap Apple berkata mereka mengetahui isu itu dan akan menghantar patch pembetulan minggu depan. Anehnya, isu kamera tidak menjejaskan iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Apple juga tidak menjelaskan mengapa ia berlaku, tetapi ia mungkin disebabkan oleh penstabil imej optik atau penukaran kamera antara kanta ultralebar dan telefoto. Tapi, sekurang-kurangnya Apple akan memperbaikinya tidak lama lagi mengikut tradisi. Ini bukan kali pertama berlaku apabila syarikat mengeluarkan iPhone baharu dan peranti lain.

Via iPhone

Pra-pesanan untuk siri iPhone 14 sedang berjalan di Malaysia dan jualan pelancaran akan bermula pada 23 September, kecuali untuk iPhone 14 Plus yang akan tiba pada 7 Oktober 2022. Jadi, apa pendapat anda tentang keseluruhan situasi ini? Adakah anda mengalaminya jugak ?