Featured

Dani Burt Jadikan ‘Impossible’ Kepada ‘Possible’

Menjadi insan yang tidak cukup anggota badan tidak mematahkan semangat Dani Burt untuk mencapai impiannya. Dani yang merupakan seorang doktor fizikal terapi ini, kehilangan sebelah kaki ketika terlibat di dalam sebuah kemalangan motorsikal.

Meskipun kehilangan sebelah kaki, Dani tidak patah semangat. Malah mentalitinya di latih menjadi kuat agar dapat berdiri setanding insan biasa.

Berbekalkan kaki palsunya, Dani menjalani kehidupan harian seperti biasa. Apa yang menariknya tentang Dani adalah, meski kehilangan sebelah kaki, itu tidak menghalang Dani untuk melakukan aktiviti sukan yang diminatinya.

Jangan terperanjat! Sebenarnya Dani menyertai sukan air dan merupakan johan bagi pertandingan World Adaptive Surfing Champion!

Kekurangan yang dimiliki tidak mematahkan semangat Dani, menjadi seorang doktor kepada ramai pesakit ini terus mencantas persepsi negatif tentang OKU atau Orang Kurang Upaya.

Seperti Dani, beliau tidak melihat kekurang sesuatu membuatkan beliau tidak mampu menjalani kehidupan yang normal. Sebaliknya di atas kehilangan sebelah kaki ini membukakan pintu kejayaan yang cukup luar biasa bagi Dani.

Dani juga merupakan speaker bagi AmputeesUSA di United State America. Dani berkongsi tentang kisahnya kepada masyarakat untuk dijadikan inspirasi bagi golongan OKU agar tidak memandang negatif terhadap kekurang diri.

Foto: Instagram via Dani Burt

Dani tampil berkeyakinan dengan kaki palsu dan menjadikan aktiviti ‘Impossible’ kepada ‘Possible’. Lihat saja wajah yakin Dani apabila melakukan luncur air di lautan lepas!

Adakah kisah ini memberi anda inspirasi?