Tech, Gadget

Samsung Galaxy M20 Di Jual Pada RM799 Hanya Di Shopee

Samsung kini secara rasminya melancarkan telefon terbarunya di Malaysia iaitu telefon Galaxy M20. Spesifikasi telefon ini cukup unik dengan feature daripada Exynos 7904 SoC yang dinamik. Selain itu, Galaxy M20 ini mempunyai skrin yang berkeluasan 6.3 inci Full HD+ Infinity V display.

Foto: KL Gadget Guy

Telefon ini dilengkapi dengan dua memori dan storan yang boleh di pilih iaitu 3GB/32GB atau 4GB/64. Kedua-dua jenis pilihan variasi ini di datangi dengan slot microSD yang boleh di isi sehingga 512GB.

Foto: Lowyat.Net

Dari segi keselamatan pula, ia dibekalkan dengan feature fingerprint yang mempunyai sistem yang telah dimuat turun di dalam telefon bimbit. Tambahan lagi, kapasiti bateri telefon sebanyak 5000mAh dengan bateri jenis non-removable yang diperkasa dengan 15W untuk kepantasan pengecasan.

Foto: Tips Geeks

Dari segi kameranya pula, bagi kamera bahagian belakang, ia mempunyai 13MP dan 5MP ultra wide angle lensa dan manakala kamera di bahagian hadapan pula ia memiliki 8MP sensor. Dan telefon ini menggunakan wayar USB-C port.

Foto: Tekno Ratz

Samsung Galaxy M20 ini akan berada secara eksklusif di Shopee dan dijual pada harga RM799. Shopee akan melancarkan jualan rasminya pada 20 Mac dan bagi 1000 pembeli pertama yang membeli telefon ini akan diberi Logitech X50 Bluetooth Speaker dan beserta JBL T450 Headphones secara percuma!

Dan bagi 2000 pembeli seterusnya pula hanya akan berpeluang memiliki Logitech X50 sahaja. Dan pemberian tambahan bagi kedua-dua jenis pembeli ini akan mendapat vaucer bernilai RM100.

Jadi apa tunggu lagi setkan tarikh keramat anda pada 20 Mac ini dan serbu telefon Galaxy M20 di Shopee!