Tech, Gadget

Samsung Galaxy M Dijual Secara Eksklusif Menerusi Pembelian Online Sahaja

Baru-baru ini Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon bimbit terbaru iaitu Galaxy M series akan memasuki pasaran Malaysia. Dan menurut maklumat yang di keluarkan, telefon ini hanya boleh di dapati melalui pembelian secara online sahaja.

Berdasarkan senarai yang di keluarkan oleh database SIRIM beberapa minggu yang lalu, telefon Galaxy M series ini pertama kali di lancarkan di India. Telefon Galaxy M series yang di lancarkan di India adalah Galaxy M20 dan Galaxy M10.

Foto: The Hans India

Telefon ini dalam kategori lower-mid-range dengan kata lain telefon dengan tawaran harga bawah RM1000 dan mampu milik. Galaxy M series ini menampilkan feature Infinity-V display.

Foto: Digital Trends

Manakala bagi penampilan Galaxy M series pula, teaser tersebut boleh di lihat di laman web rasmi milik Samsung Malaysia. Dan di laman web tersebut membolehkan pelanggan untuk mendaftar.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci tentang bila ia akan di lancarkan dan berapakah harga bagi telefon Galaxy M series ini. Oh ya, tidak lama lagi Galaxy A50 dan Galaxy A30 juga akan memasuki pasaran Malaysia, jadi tunggu kehadiran telefon ini dalam masa terdekat!