Samsung baru sahaja melancarkan software update terbaru bagi telefon Galaxy yang lama seperti S8, S8+, S9, S9+ Note 8, dan Note 9. Software ini membolehkan pengguna menggunakan butang Bixby berfungsi sebagai sokongan bagi kesemua aplikasi di dalam telefon bimbit tersebut.
Butang Bixby ini boleh di ubahsuai mengikut pilihan yang di pilih sama ada single tap atau double tap. Ini kerana fungsi bagi kedua-dua pilihan ini berbeza, bagi fungsi single tap ia di reka untuk launch aplikasi. Manakala bagi fungsi double tap pula, ia di reka untuk membuka Bixby Home dan vice versa.
Walau bagaimanapun, Samsung telah menghalang butang Bixby daripada di bercampur dengan Google Assistant atau mana-mana pembantu suara dari AI. Hal ini mengukuhkan lagi bahawa Samsung mahu pengguna telefon Galaxy membiasakan diri dengan menggunakan Bixby daripada aplikasi pembantu yang lain.
Nampaknya pengguna harus mula ‘mempelajari’ bagaimana mahu menggunakan remaps yang ada pada butang Bixby. Tambahan lagi, XDA-Developer turut menyatakan untuk menyelesaikan masalah yang bakal atau mungkin di hadapi oleh pengguna, developer ini menggunakan aplikasi pihak ke tiga yang di kenali sebagai Tasker.
Aplikasi Tasker ini membolehkan pengguna mencipta aplikasi dummy yang di lancarkan oleh Google Assistant dengan di petakan oleh Bixby. Meskipun ia bukanlah jalan penyelesaian yang tepat tetapi buat masa sekarang ia boleh di gunakan.
Untuk mengetahui fungsi menyeluruh butang Bixby ini, anda harus merasai sendiri bagaimana ia beroperasi.