Tech, Gadget

5 Feature Samsung Galaxy S10 Yang Patut Anda Beri Perhatian

Samsung secara rasmi telah melancarkan telefon bimbit Galaxy S10 dan sekaligus menyambut ulang tahun ke-10 siri telefon bimbit Galaxy S! Bersempena dengan kejutan ulang tahun tersebut, Samsung menambah lima feature terbaru khas untuk pengguna setia Samsung Galaxy!

Intelligent Performance

Foto: CNET

Ke semua barisan telefon bimbit Samsung Galaxy S10 di kuasai dengan Exynos 9820 SoC. SoC ini merupakan booster terbaru yang mempunyai keupayaan Neural Processing Unit (NPU), di mana ia membolehkan AI berjalan dengan sempurna.

Dan masa yang sama mengoptimumkan pengggunaan AI dan bateri telefon sekaligus. Dengan persembahan yang lancar dan penggunaan bateri yang baik merupakan feature serta spesifikasi yang penting bagi pengguna tegar telefon bimbit bukan?

Shot Kamera Yang Epik

Foto: Tekno Kompas

Selain itu, fungsi kamera juga penting bagi pengguna teleofn bimbit terutama yang gemar berswa foto. Samsung Galaxy S10 yang di datangi dengan 16MP sensor bersama f/2.2 lensa kamera di sokong dengan ultra-wide field view seluas 123 darjah!

Manakala bagi rear kamera pula di lengkapi dengan 12MP kamera bersama OIS serta Super Steady feature yang membolehkan pengguna mendapat gambar yang jelas dan stabil baik untuk berswa foto mahupun membuat rakaman video.

Ultrasonic In-Display Fingerprint

Foto: CNET

Feature ini boleh di dapati di dalam telefon bimbit pintar Galaxy S10 dan Galaxy S10+ sahaja. Fungsi ini membolehkan pengguna mengscan jari di atas scanner yang di bina di atas display telefon tersebut.

Feature ini sememangnya pantas dan tepat! Anda perlu letak jari anda dan segalanya siap!

Cinematic Infinity-O Display

Foto: Gear Patrol

Biasanya bezel berada di tepi telefon bimbit, tetapi kini ia terletak di atas dan di bawah telefon bimbit. Dengan Samsung Galaxy S10 Infinity-O display, memberikan pengguna berasa skrin telefon menjadi lebih luas dan lebar.

Ini memberikan pengalaman serta rasa yang berbeza apabila menggunakan telefon bimbit pintar Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Wireless Powershare

Foto: PC World Australia

Dan untuk sentuhan feature yang terakhir, Samsung S10 tampil dengan kelebihan pengurusan jangka hayat bateri dengan pengecasan secara wireless! Ya, secara wireless.

Jika telefon rakan atau ahli keluarga kehabisan bateri telefon,anda boleh berkongsi tenaga bateri dan kongsikan kepada mereka secara wireless. Sungguh mudah bukan?

Jadi bagi yang telah atau bakal memiliki teleofn bimbit Samsung Galaxy S10 series ini, pastikan anda menggunakan ke semua feature-feature yang di kongsikan di atas okay?