Instagram merupakan platform media sosial yang kian gian berkembang dengan pelbagai feature-feature yang menarik. Tetapi tahukah anda, ada pelbagai trick yang menarik yang boleh anda gunakan.
Di sini, admin nyatakan tiga rahsia instagram melalui trick simple di bawah.
Tambah Font Khas Untuk Bio Instagram
Sebenarnya pengguna instagram boleh menambah font khas untuk membuatkan profil diri nampak lebih menarik. Untuk mendapatkan font-font yang menarik ini, pengguna boleh mengunjungi laman sesawang https://lingojam.com/FontsForInstagram.
Dan kemudian taip teks yang telah anda tulis dan copy teks tersebut. Selepas itu, anda pastekan teks tersebut ke dalam bio instagram anda.
Cari User Instagram Tanpa Perlu Log In
Trick seterusnya anda boleh mencari user instagram yang anda ingini tanpa perlu melogin ke dalam akaun instagram milik anda. Caranya mudah, anda perlu menambah masuk nama terakhir di URL link di dalam enjin carian Google.
Contohnya seperti ini, (www.instagram.com/hangatmalaysia/) dengan menambah nama user yang anda ingini lawati di bahagian terakhir URL, Google secara automatik akan mencari link nama user instagram untuk anda!
Stalk Instagram Tanpa Tertekan ‘Like’
Yup, tengah syok stalk instagram user lain, tiba-tiba anda tertekan ‘like’ pada gambar atau video instagram tersebut. Apa nak buat bila dah tertekan? Untuk elak dari berlaku seperti itu lagi, ada caranya untuk anda stalk instagram user lain tanpa perlu risau tertekan simbol ‘like’.
Caranya adalah, buka instagram yang anda nak stalk atau tengok tu kemudian buka setting telefon anda pula dan tekan mode pesawat. Ini kerana mode pesawat tidak akan akses kepada jaringan internet. Jadi anda akan ‘selamat’ meng-stalk gambar-gambar mahupun video di akaun user yang anda stalk itu tanpa perlu risau tertekan simbol like.