Peranti, Tablet

Dengan Harga RM 1,499, Ini Kelebihan Yang Anda Dapat Jika Memiliki HONOR Pad X9

HONOR Malaysia sekali lagi melangkah lebih jauh dalam inovasi teknologi dengan tablet terbaharu, HONOR Pad X9 yang telah diperkenalkan pada pelancaran bulan lepas dan akan dijual tidak lama lagi. Dengan beberapa tablet pilihan tersedia seluruh negara untuk akses serba boleh dan keselesaan, ayuh kita kupas satu per satu ciri-ciri HONOR Pad X9 yang menjadikannya pesaing utama mengalahkan tablet jenama lain.

Terus Berhubung, Tanpa Ikatan dengan LTE

Kita semua pernah mengalaminya – kelam-kabut mencari kawasan yang ada Wi-Fi, atau bosan menunggu lama untuk internet dihubungkan dengan telefon pintar. Kini tidak lagi dengan HONOR Pad X9. Kebebasan berhubung melalui sambungan LTE berada ditangan anda. Tidak ada lagi masalah apabila anda bekerja luar pejabat, hadir mesyuarat maya, atau belajar secara dalam talian. HONOR Pad X9 terus menghubungkan mengikut kehendak anda.

Paparan Keselesaan Mata

HONOR Pad X9 dimegahkan oleh Paparan FullView 11.5 inci untuk pengalaman pemandangan yang sinematik. Memiliki nisbah skrin ke badan 86% yang tiada tandingan, paparan hebat ini menyokong resolusi 2000×1200 piksel dan Kadar Segar Semula Pintar 120Hz yang mengagumkan. Sama ada ketika anda asyik membaca novel atau menikmati filem kegemaran, HONOR Pad X9 memberi keselesaan pada mata. Hiburan untuk mata anda juga memerlukan ciri-ciri perlindungan!

Kesihatan anda menjadi keutamaan, dan HONOR Pad X9 akan menjaganya sepenuh hati. Dengan ciri-ciri perlindungan mata yang canggih – termasuk teknologi Pensijilan Cahaya Biru Rendah dan Bebas Kerlipan TÜV Rheinland – tablet ini mengutamakan kesihatan mata, mengurangkan sakit mata ketika penggunaan lama. Pemalapan Dinamik dan Paparan Malam Sirkadia juga menambah keselesaan pemandangan anda, memastikan anda dapat bekerja, belajar dan bersantai tanpa menjejaskan kesihatan penglihatan.

Hiburan dengan Surround Sound yang Tiada Tandingan

HONOR Pad X9 turut menawarkan hiburan dengan sistem audio yang dipertingkatkan. Memiliki enam pembesar suara sistem keliling yang menakjubkan, anda pastinya tertawan dengan bunyi audio yang seakan-akan hidup. Teknologi Penambahbaikan Vokal memastikan komunikasi sangat jelas didengari ketika kelas dalam talian, terima kasih kepada kemampuan mendengar yang ditambah baik, menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan dan interaktif berbanding dahulu. Tidak kira anda yang suka berjalan, peminat muzik atau kaki game, HONOR Pad X9 menjanjikan hiburan lain dari yang lain.

Lebih menarik HONOR Pad X9 juga memiliki bunyi 360° yang dinamik dan bertenaga untuk pengalaman pendengaran yang memukau dengan adanya gelombang bunyi di kedua-dua sisi tepi dan bawah untuk pengalaman sinematik yang mengagumkan.

Kuasa Bertemu Prestasi

Disebalik luaran yang elegan terdapat penjana prestasi yang berkuasa. HONOR Pad X9 dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon® 685 4G yang menghasilkan kecekapan dan kelajuan tiada tandingan. Digandingkan dengan RAM 7GB dan penstoran 128GB (termasuk HONOR RAM Turbo 3GB), anda memiliki prestasi dan ruang yang besar untuk menyiapkan tugasan dan mencurahkan kreativiti.

Terima kasih kepada kapasiti bateri 7250mAh yang besar dan menyokong HONOR SuperCharge 22.5W, HONOR Pad X9 dapat menyokong gaya hidup dinamik anda dengan menawarkan penstriman video selama 13 jam dan 12 jam muzik tanpa henti. Kesemua kehebatan kuasa ini dijana dalam bingkai 6.9mm yang hanya seberat 495g, memastikannya mudah dibawa ke mana sahaja tanpa kompromi.

Sebagai pelengkap tablet ini hadir dengan papan kekunci Bluetooth. Direka untuk menaip dengan lancar dan efektif, aksesori tambahan ini mengubah tablet anda menjadi sebuah penjana kuasa untuk kerja, kreativiti dan hiburan. Alami rasa menaip seperti PC dengan rekaan kekunci 5 barisan dan ketukan kekunci setinggi 1.6mm, membawa produktiviti harian anda ke satu tahap baharu.

HONOR Tab X9 – Membawa inovasi teknologi untuk anda 25 Ogos ini

Berdasarkan penjelasan di atas, HONOR menghimpunkan semua teknologi terkininya dalam HONOR Pad X9 untuk hiburan dan produktiviti tahap tertinggi, jadi pastikan anda tidak terlepas untuk memiliki tablet ini. Nantikan ketibaan HONOR Pad X9 yang dijadual dilancarkan pada 25 Ogos ini. Maklumat lebih lanjut tentang HONOR Pad X9 dan segalanya tentang produk HONOR, sila layari pautan ini.

Varsi Baharu HONOR Pad 8 New tersedia pada 18 Ogos

HONOR mendengar suara anda! HONOR Pad 8 kini ditawarkan dengan penstoran lebih besar RAM 10GB dan penstoran 256GB (Termasuk HONOR RAM Turbo 2GB), pada harga RM 1,499. Anda kini boleh menyimpan lebih banyak video dan muzik kesukaan dalam HONOR Pad 8.

Tags