Telefon, Telefon Pintar

VIVO Malaysia Lancar Y78 5G Yang Menawarkan Keupayaan Luar Biasa Berharga Bawah RM1500

vivo Malaysia mengumumkan pelancaran edisi terbaru siri Y mereka pada hari ini iaitu, vivo Y78 5G yang direka khas untuk meningkatkan gaya hidup pengguna dengan spesifikasi yang cemerlang dan luar biasa. Ia menampilkan kamera 64MP OIS Anti Shake yang menakjubkan, paparan 120Hz OLED Dual-Curved, bateri 5000mAh dengan pengecasan kilat 44W, dan penyimpanan sebanyak 8+256 GB yang mencukupi untuk hiburan tanpa gangguan.

vivo Y78 5G boleh ditempah awal mulai hari ini dan akan dipasarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Ogos 2023 dengan harga yang berpatutan pada RM1399.

“Kami sangat berbesar hati dalam melancarkan vivo Y78 5G. Pelancaran terbaru dalam siri Y kami ini adalah penghargaan besar buat semua pengguna setia vivo yang sentiasa menyokong vivo selama ini. vivo Y78 5G ini direka khas untuk mereka yang berminat dalam bidang teknologi dan juga fotografi. Di vivo, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan lebih banyak telefon pintar dengan ciri-ciri yang canggih dan memudahkan pengguna vivo pada masa akan datang,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif, vivo Malaysia.

Pendamping fotografi yang sempurna

Salah satu ciri istimewa yang menonjol pada vivo Y78 5G adalah kamera 64MP dengan OIS perdana yang telah dinaik taraf, menawarkan kamera Anti Shake yang lebih meluas dan menjamin gambar yang lebih tajam dan bebas dari kabur walaupun dalam keadaan tangan yang bergetar dan penerimaan cahaya yang rendah. Spesifikasi kamera Y78 5G dilengkapi dengan video pandangan berganda yang membolehkan perakaman serentak dari kedua-dua kamera hadapan dan belakang.

Rupa bentuk dan paparan skrin yang menarik perhatian

vivo Y78 5G menawarkan dua pilihan warna yang menakjubkan dan diinspirasikan oleh keindahan alam semula jadi. Pengguna boleh memilih warna dreamy gold atau flare black, kedua-duanya mencerminkan keindahan persekitaran yang indah. Dreamy Gold, warna yang memukau, diinspirasikan daripada warna langit ketika senja di pantai Sepang Gold Coast. Apabila disentuh cahaya, warna keemasan pada bahagian telefon akan menjadi lebih terang dan memukau. Sementara itu, Flare Black terinspirasi daripada bintang-bintang yang bersinar dan menghiasi langit malam. Pilihan warna ini menampilkan keajaiban dan elegansi setiap kali dilihat.

vivo Y78 5G mempunyai paparan 120Hz OLED Dual-Curved, memberi pengalaman visual yang amat lancar, jelas, dan berkelas tinggi dengan kadar penyegaran dan kadar sentuh yang tinggi. Reka bentuk lengkung 60″ yang dicipta khas untuk memastikan cengkaman yang selesa semasa memegang telefon. Tambahan pula, reka bentuk yang direka dengan baik ini mengurangkan sebanyak mungkin distorsi warna di bahagian tepi, isu yang sering dihadapi oleh telefon pintar lain yang mempunyai skrin ultra besar dan lengkung.

Kehebatan pengecasan kilat

vivo Y78 5G yang dilengkapi dengan sistem cas kilat 44W yang mengagumkan dan stabil, memastikan cas yang pantas dan cekap, pada masa yang sama ia memastikan penghasilan haba sekecil mungkin. Dengan teknologi canggih ini, bateri 5000mAh dapat dicas dengan cepat dan efektif, menawarkan kecekapan pertukaran kuasa yang mencapai sehingga 97%. vivo Y78 5G membawa cas pintar ke tahap seterusnya dengan enjin cas pintar yang inovatif. Ciri pintar ini menyesuaikan diri dengan corak penggunaan telefon, menentukan strategi cas yang optimum berdasarkan sama ada skrin dimatikan atau semasa telefon digunakan secara aktif semasa mengecas. Dengan menyesuaikan proses cas secara dinamik, ia berjaya mengurangkan kemerosotan bateri dan menambah jangka hayat bateri sehingga 25%. Kini, pengguna tidak perlu risau tentang kesihatan bateri dan masalah cas, kerana vivo Y78 5G membawa pengalaman pengecasan bertaraf tinggi yang menjamin ketahanan.

Ruang penyimpanan yang maksimum

vivo Y78 5G memperkenalkan ciri Extended RAM yang memberikan kekuatan untuk meningkatkan RAM hingga 8GB. Ciri yang telah ditambah baik ini membolehkan lebih daripada 25 aplikasi aktif berjalan dengan lancar di latar belakang dan memastikan peralihan aplikasi berganda tanpa gangguan. vivo Y78 5G membawa pengoptimuman RAM ke tahap seterusnya dengan teknologi penjimatan RAM yang dapat mengurangkan gangguan dan ruang memori yang kecil kerana ciri pintar ini mencipta lebih banyak ruang simpanan dan menguruskan memori dengan cekap.

Menjimatkan sehingga 600MB ruang memori dan mampu memberi ruang untuk peranti tersebut berfungsi dengan lancar. Penjimatan RAM dan penggunaan memori serta aplikasi juga dikurangkan oleh sistem bagi membolehkan peranti anda berfungsi dengan lebih cekap.

vivo Y78 5G promosi jualan pertama kerjasama bersama Viu

Dengan pembelian pertama vivo Y78 5G, pembeli akan menerima hadiah eksklusif daripada vivo Malaysia yang bernilai sehingga RM599 dan langganan percuma Viu premium. Bermula pada 1 Ogos 2023, rakyat Malaysia berpeluang untuk membuat pesanan melalui pra-tempahan. vivo Y78 5G akan berada di pasaran Malaysia secara rasmi pada 5 Ogos 2023. Selain itu, sempena kerjasama Viu dan vivo Malaysia, Viu menawarkan tiga bulan langganan Viu premium secara percuma kepada setiap pembeli pertama vivo Y78 5G untuk menikmati pengalaman tontonan yang terbaik dengan paparan 120Hz OLED Dual-Curved yang luar biasa.

Ikuti perkembangan terkini,  promosi dan spesifikasi produk terbaru vivo di halaman facebook vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia.

Tags