Aplikasi

Muslim Pro Mengumumkan 10 Hari Hadiah Percuma Jun Ini, Menjelang Hari Raya Haji

KUALA LUMPUR, 19 Jun 2023Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim terkemuka di dunia dengan lebih 150 juta muat turun, teruja untuk mengumumkan acara pemberian hadiah selama 10 hari sempena sambutan musim Haji. Kempen pemberian hadiah semasa musim Haji ini bertujuan untuk memberi ganjaran dan melibatkan pengguna Muslim Pro di Malaysia dengan menawarkan hadiah menarik dan promosi istimewa.

Bermula pada 16 Jun 2023 sehingga 25 Jun 2023, Muslim Pro akan memberikan sejumlah 10 hadiah menarik kepada pengguna bertuah di Malaysia. Hadiah yang ditawarkan termasuk gabungan pakej pelancongan ke destinasi seperti Baitulmaqdis, Jordan dan Balkan, serta alat teknologi terkini seperti Apple iPhone 14 Pro Max, Samsung Galaxy S23 Ultra dan Apple TV 4K, dan banyak lagi.

Semasa kempen ini Muslim Pro akan mengumumkan hadiah baharu setiap hari menjelang Hari Raya Haji, sekali gus mewujudkan keterujaan sepanjang 10 hari sebelum sambutan Eid Adha. Untuk menyertai dan melayakkan diri untuk hadiah ini, pengguna perlu mendaftar langganan tahunan Muslim Pro Premium antara 16 Jun hingga 25 Jun. Dengan melanggan, pengguna bukan sahaja mendapat akses kepada ciri eksklusif premium dan pengalaman bebas iklan tetapi juga membuka peluang untuk memenangi hadiah yang disebutkan di atas.

“Di bulan Haji ini, kami sangat teruja untuk melancarkan pemberian 10 hari sebagai tanda terima kasih kepada komuniti Muslim Pro kami yang sangat kami hargai di Malaysia,” kata Nik Emir Din, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Muslim Pro. “Ini adalah cara kami memberi kembali kepada pengguna Malaysia kami yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada aplikasi Muslim Pro kami dari sejak awal lagi. Kami amat berharap hadiah dan promosi ini membawa kegembiraan dan keberkatan kepada pengguna kami pada bulan yang suci ini.”

Selain itu, Muslim Pro sangat teruja untuk memberikan tawaran istimewa pada langganan Premium tahunannya untuk pengguna di Malaysia pada harga tiada tandingan iaitu hanya RM24.90 setahun. Dengan melanggan pakej Premium, pengguna akan menikmati pengalaman tanpa iklan merentas semua ciri dalam aplikasi Muslim Pro, termasuk akses penuh kepada Qalbox, perkhidmatan penstriman hiburan video atas permintaan (SVOD) langganan global yang tersedia dalam Muslim Pro .

Promosi masa terhad ini membolehkan pengguna mengakses ciri Premium Muslim Pro seperti muat turun bacaan audio Al-Quran untuk mendengar di luar talian, akses kepada suara azan global seperti Yusuf Islam dari United Kingdom dan Muzammil Hasballah dari Indonesia, dan pilihan qari Al-Quran yang popular termasuk Mishary Rashid Alafasy dan Abdul Basid ‘Abd us-Samad.

Aplikasi ini tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.muslimpro.com/en