Aplikasi, Featured

Sasar Peminat Aktiviti Lasak. Apple Lancar Apple Watch Ultra

Apple telah melancarkan peranti khas untuk golongan sasarannya iaitu golongan yang gemari aktiviti lasak mahupun bersukan. Apple memperkenalkan Apple Watch Ultra secara rasmi di samping Apple Watch Series 8.

Via Apple

Apple Watch Ultra merupakan model Ultra pertama dalam sejarah Apple Watch sejak pertama kali ia dirasmikan. Apple Watch Ultra direka khusus untuk pengguna sukan lasak dengan 49 milimeter (mm) dengan kerangka titanium bersama padanan ‘sapphire crystal’.

Tubuh dan Paparan

Dapat dilihat bahawa  Apple Watch Ultra merupakan Apple Watch paling besar dan kadar kecerahan paling tinggi untuk paparan daripada peranti berkenaan berbanding generasi terdahulu.

Via Apple

Terdapat satu butang baharu dinamakan Action Button juga disertakan  terletak di sebelah kirinya iaitu butang suai padan yang memberikan akses segera kepada pelbagai ciri khusus untuk Apple Watch Ultra berkenaan. Digital Crown yang kini lebih besar dan lebih mudah dikendalikan kerana geriginya lebih besar. Pembesar suara kedua juga disertakan dan mempunyai 3 mikrofon.

Perlindungan Dan Aktiviti Sukan

Jam pintar ini diiktiraf kerana mempunyai perlindungan WR100 dan EN1339 sesuai untuk selaman dalam laut dan pelbagai aktiviti lasak. Apple Watch Ultra ini telah diuji dengan ketahanan MIL-STD-810H yang digunakan untuk kelengkapan ketenteraan dalam permukaan pelbagai. Apple Watch Ultra berkenaan mampu untuk bertahan dengan cuaca sejuk di bawah 20 darjah celsius manakala suhu panas 55 darjah celcius.

Via Apple

Bateri

Ini dinantikan oleh para Apple Watch iaitu ketahanan bateri. Apple Watch Ultra mempunyai ketahanan bateri melebihi 36 jam bersama beberapa ciri khusus lain seperti keupayaan cuaca melampau tanpa sebarang masalah. Dengan tambahan Low Power Mode yang baharu, ia boleh bertahan selama beberapa hari, sehingga 36 jam. Jika penggunaan bateri yang lebih rendah, memberikan hayat sehingga 60 jam dengan mod baharu yang akan dilancarkan nanti.

Via Apple

Tanda harga bagi Apple Watch Ultra adalah RM3,799 dan anda boleh memesannya mulai hari ini dan ia akan tersedia mulai 24 September 2022 waktu tempatan.