Tech

Firefox iPad Kini Miliki Fungsi Split Screen?

Minggu lepas Mozilla telah mengeluarkan versi Firefox terbaru yang di reka khas untuk iPad daripada Apple. Versi ini akan memberikan pengalaman dan rasa yang berbeza. Versi terbaru ini sememangnya memudahkan pengguna yang sering melakukan tugas-tugas yang banyak dalam satu masa.

Diantara feature yang di highlight di dalam versi terbaru ini adalah, sistem yang dapat menyokong tablet bagi fungsi split screen. Sepertinya, ia memiliki feature dengan fungsi yang membolehkan penggunanya melayari internet dan dalam masa yang sama membuka dan menggunakan aplikasi yang lain pada screen yang sama.

Foto: Slash Gear

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai fungsi feature Tab Management yang membolehkan pengguna melayari internet berdasarkan senarai yang telah di uruskan oleh sistem pengurusan bagi memudahkan pengguna.

YouTube video

Malah, bagi pengguna iPad yang menggunakan external keyboards tidak ketinggalan juga kerana Firefox untuk iPad ini mempunyai sistem yang sama seperti papan kekunci komputer Mac seperti Command + W untuk menutup tab dan Command + R untuk reload page.

Firefox ini juga mempunyai feature yang biasa di temui di dalam Firefox iaitu iOS, night mode, dark theme dan juga Tracking Protection. Untuk memuat turun pengguna boleh terus melayari Apple App Store di dalam iPad.