Mengikut kajian yang dijalankan oleh Check Point Research, baru-baru di dapati terdapat cookie atau spybot yang bersembunyi di kalangan aplikasi Android yang dimuat turun dan lebih kurang 150 juta juta aplikasi di kesan di seluruh dunia.
Lebih kurang 200 aplikasi yang ada di dalam Google Play Store telah dikesan dan dijangkiti oleh cookie atau spybot ini. Para pengkaji telah menyenaraikan aplikasi-aplikasi yang dijangkiti tersebut dan kebanyakannya adalah aplikasi yang berkonsepkan permainan simulasi. Dan peneraju terhadap golongan ini adalah “SimBad”.
SimBad ini mempunyai keupayaan seperti memaparkan iklan, mendapat maklumat yang sensitif dan mendedahkan aplikasi mangsa kepada pengguna lain. Apabila pengguna telah memuat turun aplikasi yang terkena jangkitan spybot ini, virus ini akan bersembunyi di dalam aplikasi tersebut dan akan menyelinap masuk ke dalam telefon bimbit apabila aplikasi tersebut di hidupkan.
Virus yang menerima arahan dari command (entiti yang menyebarkan virus tersebut) dan akan mengawal server dan seterusnya melakukan aktiviti ‘jahat’nya. Bukan itu sahaja, entiti akan memuat turun aplikasi remote ke dalam telefon milik mangsa dan membolehkan entiti tersebut memuat turun virus malware ke dalam telefon si mangsa.
para pengkaji percaya bahawa developer aplikasi di ‘tipu’ oleh malware yang menyamar sebagai pemberi iklan yang sah di dalam platform milik mereka. Dan ni merupakan saluran kepada entiti untuk menyebarkan malware dan sekaligus memperdayakan Google App dari scanning.
Walau bagaimanapun, kesemua aplikasi yang dijangkiti telah di keluarkan dari Google Play Store. Namun bagi aplikasi yang telah dimuat turun oleh pengguna tidak dapat di buang dan anda perlu membuat aplikasi tersebut dari telefon bimbit anda sendiri.