Tech

Windows 10 Kemaskini Software Yang Bermasalah

Microsoft baru-baru menambah page sokongan, ia merupakan feature yang melibatkan pengemaskinian software. Menariknya pengemaskinian ini adalah khas untuk Windows Update yang menyekat komputer anda daripada boosting. Tetapi anda tidak perlu risau kerana dengan page sokongan yang di tambah oleh Microsoft ini akan diselesaikan secara automatik melalui pengemaskinian secara automatik.

Foto: Tech Spot

Apabila situasi ini berlaku, Microsoft akan memberitahu Windows ia akan menyekat pengemaskinian yang bermasalah dalam tempoh 30 hari. Meskipun begitu, dengan penambahan page sokongan ini, ia akan membantu anda sebagai penyelesaian terakhir dan akan memaparkan mesej pada skrin komputer untuk pemberitahuan tentang boot-up yang seterusnya.

Foto: gHacks

Walaubagaimanapun, syarikat ini akan cuba menyiasat dan menyelesaikan masalah dalam tempoh 30 hari dan dalam masa yang sama Windows akan tetap mencuba mengemaskini.

Dan jika anda tidak mahu menunggu lama semata-mata sistem pengemaskinian software lambat, anda juga boleh mengemaskini software secara manual. Apa-apa pun di harap isu ini akan diselesaikan secepat mungkin untuk mengelakan sebarang masalah lain timbul di masa akan datang.