Tech

Google ‘Disable’ Fungsi Foto Pada Android TV?

Google menghentikan fungsi Google Photos sharing di Android TV buat sementara waktu. Hal ini berlaku kerana didapati terdapat bug di dalamnya. Bug ini di laporkan oleh pengguna Twitter Prashanth (@wothadei).

Mengikut Prashanth, bug tersebut muncul pada Vu Android TV nya. Semasa melihat setting akaun di skrinsavernya, muncul beratus-ratus akaun pengguna Google yang tidak di kenali. Lengkap dengan gambar profile dan link akaun.

Foto: Twitter (Prashanth)

Apa yang mengejutkan lagi adalah, bug tersebut memboleh Prashant untuk linkkan secara random akaun Google Photo ke Android TV miliknya. Meskipun setelah menglinkkan akaun pengguna lain, gambar-gambar privasi miliki mereka tidak terdedah.

Foto: Twitter (Prashanth)

Walau bagaimanapun, ia tetap melanggar privasi individu yang lain. Selain itu, Prashanth juga cuba replicate bug ke dalam Xiaomi Mi Box 3 yang menggunakan Android Oreo tetapi gagal.

Foto: Tech Spot

Dikatakan Vu Android TV milik Prashanth menggunakan Android 7.0 Nougat OS yang lama dan tidak dikemaskini semenjak Disember tahun lalu.

Walaupun tindakan untuk mereplika bug tersebut tidak berjaya, ia tidak bermakna sistem Android TV selamat dari mana-mana serangan bug. Mengikut seorang lagi pengguna Twitter Aarjith (@aarjithn), iFFalcon TV miliknya juga di serang bug. TV tersebut menggunakan Android 8.0 Oreo.

Dari senarai isu yang berlaku, Google telah menghentikan fungsi foto bagi pengguna Android TV dan Google Assistant. Dan dalam masa yang sama juga, Google tidak mengumumkan apa maklumbalas berkaitan memperbaiki sistem dari serangan bug tersebut.