SanDisk dan Micron merupakan nama terbesar di dalam industri pembuatan penyimpanan storan. Dan kini kedua-dua syarikat gergasi ini mengumumkan “Kad MicroSDXC” dengan kapasiti 1TB yang pastinya menawan hati peminat teknologi di seluruh dunia!
SanDisk dan Micron merupakan dua jenis memori kad dengan kelajuan membaca dan menulis maklumat yang berbeza. Memori kad daripada Micron menawarkan kelajuan membaca dan menulis maklumat dengan kadar kelajuan di antara 95MB ke 100MB.
Manakala SanDisk pula biasanya memiliki kelajuan membaca dan menulis maklumat di antara 90MB dan 160MB. Tetapi dengan gabungan kelebihan kedua-dua syarikat gergasi ini, pastinya kad MicroSDXC ini akan memberi impak secara meluas.
Kedua-dua kad ini di reka untuk kegunaan seperti media content dan pelbagai jenis aplikasi. Bukan itu sahaja, kad ini juga dikuasai dengan 4K recording dan dalam masa yang sama kad ini juga memilki sijil A2 untuk memuat turun aplikasi sokongan.
SanDisk kini membuka pre-order untuk kad memorinya dengan kapasiti 1TB dengan harga USD499.99 atau RM2033 dalam wang ringgit Malaysia. Manakala bagi kad dengan kapasiti kecil seperti 512GB akan dijual pada harga USD199.99 atau RM813 wang ringit Malaysia. Kedua-dua akan boleh di dapati di pasaran menjelang bulan April 2019 dan keatas
Buat masa sekarang, Micron masih belum memberi sebarang maklumat berapakah harga bagi kad MicroSDXC 1TB tersebut, tetapi di percayai menjelang suku kedua tahun 2019 ini, Micron akan mengumumkan tentang kad ini.