Tech

4 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Teknologi

Pelik tapi benar ini lah yang boleh di gambarkan tentang perkara yang sukar di tafsirkan meskipun sudah melihat akan kesahihannya di depan mata. Mari selongkar 4 fakta pelik tapi benar tentang teknologi di bawah!

Tukar Font Jimatkan Ink Printer?

Foto: Printer Land

Ya dengan memilih font yang lebih ‘ringan’, ia dapat menjimatkan penggunaan ink printer anda. Dan dengan menggunakan font yang lebih ‘ringan’, anda tidak perlu kerap menambah dakwat ink printer lagi.

Selain itu, jika anda sering mencetak pelbagai jenis bahan penulisan atau dokumen, seelok-eloknya gunakanlah kaedah penukar font yang ‘ringan’ untuk menjimatkan ink printer anda!

E-mail Wujud Sebelum World Wide Web?

YouTube video

Ya, e-mail telah lama wujud sebelum WWW atau World Wide Web dicipta. Kaedah penghantaran e-mail ini cukup unik dengan hanya menggunakan komputer serta telefon dial berputar untuk berhubung. Dan ini di kenali sebagai Micronet.

QWERTY Di Reka Melambatkan Anda?

Foto: Harian Teknologi

Apa itu QWERTY ni sebenarnya? QWERRTY keyboard ini merupakan standard typewriter pada papan kekunci. QWERTY merupakan enam huruf di barisan pertama di papan kekunci. Menariknya penyusunan huruf-huruf di atas papan kekunci ini di susun oleh Christopher Latham dan kemudian memberi nama “Type-Writer”. Dan pada tahun 1874, ia telah mula di hasilkan secara besar-besaran.

Foto; Lovepik

Berbalik kepada QWERTY ini, kenapa pula ia melambatkan anda? Sebenarnya penyusunan QWERTY mengurangkan jamming pada papan kekunci. Penggunaan mesin “Type-Writer” dengan penyusunan huruf alphabet seperti ini akan mengurangkan jamming typebars yang memisahkan di antara ink dan kertas pada mesin “Type-Writer”.

Rusia Bina Komputer Dengan Menggunakan Air?

Foto: Gizmodo (Komputer Rusia yang beroperasi menggunakan air)

Pada tahun 1936, Vladimir Lukyanov telah mencipta komputer yang beroperasi dengan menggunakan air. Ia kedengaran pelik, tetapi komputer ini sememangnya wujud.

Cara komputer ini beroperasi adalah dengan sistem tiub berisi air yang cukup kompleks. Tiub tab berisi air ini mempunyai fungsi atau variable dengan mengikut tahap ukuran air pada sesetengah tiub tersebut.