Tech

Google Tetap Dengan 30:70 Hasil Jualan Daripada Google Play Store

Google di lihat akan mengekalkan revenue split modal terhadap hasil penjualan di Google Play Store sebanyak 30 peratus dan 70 peratus hasil jualan di beri kepada pihak developer yang lain.

Tetapi jika ini strategi yang di ambil oleh pihak Google, adakah ia satu jalan yang bagus untuk jangka masa panjang?

Foto: Maggie’s E-learning Reflections

Persoalan sebegini timbul kerana permainan daripada Epic Games seperti Fortnite kini boleh di dapati di luar daripada Google Play Store. Seperti yang di ketahui umum, permainan ini boleh di muat turun di laman web Epic Games secara percuma tanpa perlu memasuki Play Store.

Foto: Epic Games

Oleh kerana tiada sebarang perubahan mengenai isu hasil jualan di Google Play Store, CEO Google Sundar Pichai menyatakan bahawa Google Play Store merupakan ‘pentas’ di mana pihak developer berasa selamat untuk memasarkan pelbagai hasil ciptaan baik dari segi permainan, sosial, komunikasi dan sebagainya.

Foto: Android Central

Play Store merupakan platform yang mempunyai nilai dan ia mempunyai standard industri tersendiri.

Meskipun begitu, CEO daripada Epic Games Tim Sweeney meluahkan 30 peratus yang di ambil oleh pihak Google adalah tinggi, kerana kos servis, kos proses pembayaran, muat turun dan servis khidmat pelanggan yang di berikan tidak memberi ‘pulangan’ yang memberangsangkan.

Apa-apapun, di harap isu ini tidak akan berpanjangan dan siapa tahu mungkin di masa akan datang pihak Google akan mengurangkan split revenue, betul tak?