Tech

Google Kini Tampil Cipta Cipset Keluaran Sendiri!

Google telah mula mencipta chipset untuk kegunaan alat Pixel di masa akan datang. Cipset yang di oleh Google ini di kenali sebagai “gChips”, di khabarkan chip ini mampu bersaing sebaris dengan chip keluaran daripada Apple.

Demi menghasilkan chip keluaran sendiri ini, Google mengambil lebih dari 20 pekerja jurutera daripada “Silicon Valley” di India, Bengaluru. Menariknya, ada di antara 20 pekerja yang di ambil oleh Google pernah bekerja di bawah Qualcomm, NVIDIA dan juga Intel.

Foto: Android Police

Jadi tidak hairan jika Google mampu mengeluarkan cipset jenama sendiri apabila kakitangan yang di ambil mempunyai latar belakang pekerjaan yang berkemahiran tinggi.

Tambahan lagi, banyak pengeluar telefon bimbit yang muncul dengan cipset keluaran sendiri seperti Samsung, Huawei dan juga Apple. Dan kini Google juga akan menjadi salah satu pengeluar cipset mereka sendiri dan membolehkan ia sebaris dengan nama-nama syarikat terbesar dunia yang mengeluarkan cipset sendiri.

Foto: Livemint

Apa yang boleh di lihat di sini adalah, penghasilan cipset oleh Google ini mempunyai componen penting yang mampu adaptasi dengan Tensor Processing Units (TPUs), di mana proses ini membolehkan segala alat komunikasi Pixel untuk mempelajari dan berlatih dengan sokongan AI.

Meskipun begitu, Google masih belum mengeluarkan kenyataan bila “gChips” ini akan keluarkan secara rasmi. Jadi sama-samalah kita nantikan berita gembira dari Google kelak.