Tech

Foodpanda Malaysia Turunkan Cas Penghantaran Serendah RM0.88 !

Sejak sebulan yang lalu, Foodpanda telah mengurangkan cas penghantarannya di seluruh negeri di Malaysia. Dan hari ini, Foodpanda menurunkan lagi cas penghantaran dengan serendah RM0.88!

Ini bukan biasa-biasa, di katakan syarikat penghantaran makan ini membuat keputusan merendahkan kos cas penghantaran sempena Tahun Baru Cina bagi tahun ini.

Foto: Marketing Magazine Asia

Tetapi kos cas penghantaran sudah semestinya bergantung mengikut kawasan masing-masing. Contohnya area sekitar Lembah Klang akan di cas sebanyak RM1.88 berbanding harga asal penghantaran ialah sebanyak RM3.

Foto: Inside Retail Asia

Manakala, bagi pelanggan di area Penang, Johor Bharu, dan Kota Kinabalu akan di cas sebanyak RM0.88 berbanding harga asal penghantaran iaitu RM2.

Foto: Malaysian Foodie

 

Foodpanda menggunakan angka ‘8’ sebagai rate harga kos cas penghantaran kerana angka ‘8’ di katakan membawa ‘tuah’ dan angka ’88’ pula bermaksud ‘tuah yang berganda’.

Kos cas penghantaran yang istimewa ini akan berlanjutan sehingga 19 Februari 2019 ini sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk memesan makanan melalui Foodpanda delivery dengan harga gempak ini!