Tech

Robot ‘Narrow-AI’ Membentuk Pemikiran Dan Identiti Sendiri

Para sainstis Amerika Syarikat mempelajari teknik terbaru dalam mereka cipta robot pintar yang dapat belajar untuk membentuk peribadi serta identiti sendiri.

Ini bukan lagi sebuah angan-angan, dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih dari hari ke sehari, mencipta sebuah robot yang mempunyai ‘sifat’ ingin belajar sendiri dan sekaligus membentuk identitinya sendiri dapat di realisasikan.

Foto: Tech Xplore

Menurut petikan yang di ambil dari Xinhua News, yang di ambil daripada journal Science Robotics. Robot di huraikan tidak mempunyai sebarang ilmu pengetahuan baik dari segi fizikalnya, geometrinya, atau motor dinamik yang ada di dalamnya.

Untuk mencipta robot yang mampu mempelajari sesuatu dengan sendirinya, para penyelidik daripada Columbia University telah mencipta sebuah robot lengan yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang bentuknya sendiri.

Foto: Eurek Alert

Robot lengan yang mempunyai empat darjah dengan kebebasan bergerak, mengumpul lebih kurang 1000 pergerakan melengkung. Dan hasilnya robot tersebut dapat mengagak lebih 100 pergerakan yang memberi gambaran tentang dirinya.

Selepas lebih kurang 35 jam berlatih sambil mempelajari ilmu serta teknik baru mengenai lengan (dirinya sendiri), secara tidak langsung robot ini membina imej atau identiti bahawa ia adalah sebuah robot dengan keadaan fizikal dalam lingkungan 4 cm.

Foto: Discover Magazine Blogs

Tambahan lagi, kajian menunjukan robot tidak mempunyai loop control bergerak secara melengkung. Malah ia juga mampu mengambil bola di atas meja dan kemudian meletakan bola tersebut di dalam gelas dengan kejayaan sebanyak 100 peratus.

Manakala bagi robot yang mempunyai loop control dengan ujikaji yang sama, menunjukan hanya 44 peratus kejayaan sahaja.

Foto: Tech Xplore

Para penyelidik berjaya mencipta robot yang di kenali sebagai ‘Narrow-AI’, di mana robot tersebut mampu mengesan kerosakan yang di alami oleh dirinya sendiri. Dan secara tidak langsung menunjukan bahawa robot mempunyai ‘pemikiran’ mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, para penyelidik masih lagi mengkaji tentang kajian ini dan di harap dapat menunjukan kepada masyarakat dunia, bahawa robot dengan daya pemikiran sendiri wujud.