Instagram merupakan salah satu platfrom untuk pengguna berkongsi kenangan, nasihat, lawak jenaka, resepi masakan, maklumat dan sebagainya kepada follower masing-masing.
Kini semakin ramai pengguna instagram memuat naik video di instagram, dan rata-rata video-video yang di kongsikan seperti video bergenre lawak jenaka, ilmiah, informasi, masakan dan sebagainya di tonton kerap kali.
Sebenarnya ada kaedah yang lebih mudah jika anda ingin menonton semula video-video yang anda minati di instagram melalui 3 cara ini.
Dredown.com
Dengan menggunakan Dredown.com ini, pengguna instagram dapat memuat turun video yang anda minati dengan mudah. Anda hanya perlu copy link video di instagram, kemudian paste link tersebut di dalam kotak carian Dredown tersebut.
Downloadgram.com
Pengguna instagram juga boleh memuat turun video mahupun gambar di instagram dengan menggunakan Downloadgram ini, ianya mudah dan pantas! Caranya sama seperti di atas, anda cuma perlu copy link video yang anda ingini di instagram dan kemudian pastekan link tersebut di dalam kotak carian Downloadgram!
Video Downloader – For Instagram Repost App
Bagi yang mahu menggunakan aplikasi secara direct di dalam telefon bimbit. Anda boleh memuat turun aplikasi Video Downloader – For Instagram Repost App ini di Google Play Store anda.Kemudian, muat turun video yang di ingini dengan menggunakan aplikasi ini.