Tech

Signal Wi-Fi Kelihatan Seperti Makhluk Halus?

Pernahkah anda cuba menangkap foto signal Wi-Fi? Dan bagaimana rupa signal tersebut? Wave atau gelombang ada di mana-mana sahaja, gelombang yang menghantar isyarat di setiap sistem rangkaian ini tidak dapat di lihat melalui mata kasar.

Sungguh pun manusia tidak dapat melihat signal ini dengan menggunakan mata kasar, tetapi signal ini boleh di lihat dengan menggunakan kombinasi fotografi long exposure dan aplikasi android.

Foto: Peta Pixel

Seorang pereka yang bernama Luis Hernan telah mencuba menangkap signal Wi-Fi dengan menggunakan kombinasi fotografi ini.

Aplikasi yang di gunakan untuk kombinasi fotografi ini adalah aplikasi Kirlian Device Mobile yang mampu memvisualkan kekuatan signal Wi-Fi yang tampil dengan pelbagai warna.

Foto: Energy Dots

Signal Wi-Fi ini menjadi cahaya dengan bantuan aplikasi tersebut, interaksi gelombang elektromagnetik yang wujud ini kelihatan seperti mahkluk halus atau spektrum.