Tech

Tiada Lagi Unifi TV Set-Top Box Untuk Pelanggan Baru Bermula Januari Ini

TM akan berhenti menyediakan Unifi TV set-top box (STB) kepada pelanggan baru bermula pada bulan Januari tahun ini. Perubahan ini dinyatakan di dalam dukumentasi FAQ Unifi.

Foto: Lelong.com

Berdasarkan apa yang di nyatakan di dalam dokumentasi FAQ Unifi tersebut, TM membuat keputusan untuk tidak menyediakan Unifi TV STB ini kerana ramai pengguna sekarang lebih gemar menggunakan smart devices mereka sendiri dari menggunakan TV STB untuk menonton rancangan kegemaran.

Foto: TM FAQ Plan Terbaru edisi Januari 2019
Foto: TM FAQ Plan Terbaru edisi Januari 2019

Bukan itu sahaja, TM juga tidak lagi memberi DECT telefon secara percuma kepada pengguna. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari website rasmi unifi dan semak perubahan FAQ yang telah di buat oleh Unifi.