Tech

Jejak Telefon Bimbit Yang Hilang Dengan Find My Device

Telefon bimbit anda hilang? Tercicir semasa keluar berjalan-jalan? Atau kena curi? Jejak alat komunikasi anda dengan menggunakan sistem Find My Device daripada Google Play Protect ini.

Dengan menggunakan Google Play Protect ini, anda dapat menjejaki telefon bimbit anda dengan mudah dan pantas.

Foto: Google Play Store

Anda boleh menjejaki telefon anda melalui aplikasi Find My Device di Google Play Store atau dengan menaip android.com/find di laman web bagi menjejaki, mengunci atau memadam telefon bimbit anda, walau di mana sahaja lokasi telefon anda berada!

Sebagai contoh, jika telefon bimbit anda tersorok di salah satu sudut ruangan di dalam rumah anda, tetapi anda tidak menemui telefon bimbit tersebut.

Foto: Google Play Store

Apa yang anda boleh lakukan adalah buka android.com/find kemudian klik pada ‘Play Sound’ untuk menguatkan volume suara, dan dari situ anda boleh mencari telefon bimbit anda berdasarkan bunyi yang keluar pada telefon tersebut.

Tetapi anda harus ingat, telefon anda mestilah hidup dan mempunyai data internet, jika tidak telefon anda tidak dapat di kesan.

Foto: Google Play Store

Tetapi bagaimana pula jika anda kehilang telefon di luar dan tidak dapat di jejaki menggunakan bunyi? Anda ada satu lagi pilihan iaitu mengunci telefon bimbit pintar anda dengan menekan ‘Lock’. 

Foto: Google Play Store

Apabila anda telah mengunci telefon bimbit anda, pencuri yang mencuri telefon anda tidak dapat membuka telefon anda, sekaligus maklumat peribadi anda selamat dari pencuri tersebut.

Selain itu, dengan menggunakan kaedah ini anda juga dapat meninggalkan pesanan di kepada telefon yang hilang itu dengan mesej ringkas seperti

“Jika anda menemui telefon saya, sila hubungi saya”.

Foto: Google Play Store

Dan kaedah yang terakhir adalah, dengan menekan bahagian ‘Erase’ bagi memadam segala data yang ada di dalam telefon bimbit anda bagi melindungi privasi dan maklumat yang terdapat di dalam telefon bimbit anda dari di ambl oleh si pencuri.