Tech

ZTE Bakal Tembusi Pasaran Industri Telefon Bimbit Pintar 5G Pada Suku Pertama 2019 Ini?

ZTE bakal keluarkan model telefon bimbit pintar yang di lengkapi dengan 5G pada suku pertama 2019 ini.

Menurut petikan dari sumber Liputan6 yang di ambil daripada GSM Arena, telefon bimbit pintar ZTE mempunyai kemampuan jaringan 5G yang bakal di keluarkan pada suku pertama tahun ini nanti.

Foto: Android Guys

Selain itu, ZTE juga telah selesai membuat ujian 5G untuk panggilan telefon, internet browsing dan mesej WeChat. Malah ZTE juga telah menerima persetujuan daripada kerajaan China bagi memperluaskan dan mengembangkan industri teknologi.

Foto: Mobile Europe

Tambahan lagi, peringkat flagship terbaru ini besar kemungkinan bakal di pasarkan di dalam siri Axon nanti. Telefon bimbit pintar 5G ZTE ini di lengkapi dengan perisian cip yang sangat kuat.

Foto: ZTE SDN/NFV

Malah filtur kamera artificial intellegence (AI) dan virtual reality (VR) serta augmented reality (AR) merupakan perisian yang dicipta di dalam telefon bimbit pintar keluaran 5G ini nanti.