Siapa sangka Jeff Bezos yang merupakan CEO Amazon, jarang membuka telefon bimbit pintarnya. Menurut kenyataan yang Jeff berikan yang di petik dari Liputan6, menyatakan bahawa Jeff bukan seorang yang gemar melakukan pelbagai perkara sekaligus.
Jeff lebih gemar memilih untuk fokus pada satu perkara atau tugas yang sedang di lakukannya dari membuat pelbagai perkara atau tugas dalam satu masa.
Selain itu, menurut Jeff jika beliau ingin membaca email, Jeff hanya akan membaca email dan tidak akan melakukan hal lain. Oleh kerana habitnya yang telah di praktikkan sejak zaman sekolah lagi, telah membuatkan Jeff jarang membuka telefon bimbitnya.
Tambahan lagi, Jeff lebih suka berkomunikasi secara bersemuka dan jika ada seseorang ingin berbincang sesuatu kepada Jeff, mereka akan terus mencari Jeff tanpa perlu mengganggunya melalui telefon.
Nampaknya Jeff lebih gemar berhubung atau berkomunikasi secara bersemuka daripada perlu menyibukkan diri dengan membalas mesej yang banyak di dalam peti mesej di dalam telefon bimbit.