Bagi yang gemar berfotografi pastinya mengambil gambar elemen bokeh menjadi salah satu trending bagi menghasilkan gambar yang lebih menarik dan dalam masa yang sama membuatkan objek di dalam gambar lebih fokus.
Untuk mendapatkan gambar dengan sentuhan DOF atau depth-of-field tanpa menggunakan kamera dslr, anda boleh menggunakan kamera telefon bimbit pintar bagi mendapatkan hasil yang lebih kurang sama.
Berikut merupakan 5 cara menggunakan kamera telefon bimbit pintar bagi mendapatkan bokeh dengan sentuhan depth-of-field yang cantik.
Ambil Gambar Objek/Subjek Secara Dekat
Anda harus menangkap gambar subjek atau objek secara dekat, untuk mendapatkan gambar yang cantik pastikan kamera telefon anda betul-betul dekat pada objek/subjek ini kerana ia akan menghasilkan pemandangan latar belakang objek menjadi kabur.
Selain itu, pastikan anda tidak menggunakan terlalu banyak objek semasa menangkap gambar bokeh ini kerana objek/subjek akan menjadi kurang fokus dan menonjol.
Elak Latar Belakang Sesak
Semasa anda ingin menangkap gambar bokeh pastikan bahagian latar belakang objek/subjek tidak terlalu penuh dengan manusia yang lalu lalang atau objek lain yang boleh mengganggu kesan depth-of-field gambar.
Fokus Pada Objek/Subjek
Semasa anda ingin menangkap gambar objek/subjek tersebut, anda harus menyusun fokus lensa kamera telefon pada objek/subjek. Setting sebegini boleh di lakukan dengan filtur fokus manual yang ada pada telefon bimbit anda.
Lensa Blur Di Google Camera
Untuk mendapatkan hasil latar belakang yang blur atau kabur untuk menangkap gambar bokeh. Anda boleh menggunakan Google camera bagi mendapatkan gambar bokeh yang cantik.
Muat Turun Aplikasi
Selain itu, anda juga boleh memuat turun aplikasi fotografi bagi mendapatkan gambar bokeh yang cantik. Antara aplikasi yang boleh anda muat turun adalah AfterFocus, PicsArt, Lensa Blur dan pelbagai jenis aplikasi lain lagi.
Jadi apa tunggu lagi, jom bereksperimen dengan lima cara mengambil gambar bokeh ini!