Tech

Tempat Kerja Facebook Indah Khabar Dari Rupa?

Facebook merupakan salah satu syarikat gergasi dunia dengan kapasiti pekerja lebih daripada 25 ribu pekerja pada tahun 2017 (jumlah statistik di ambil daripada Statista). Melihat jumlah pekerja yang ramai ini, tentunya Facebook menjadi pilihan ramai graduan yang ingin memulakan kareer mereka di situ.

Foto: Statista (Jumlah pekerja Facebook)

Tetapi bekas pekerja Facebook sendiri mendedahkan tempat kerja mereka sekadar indah khabar dari rupa. Menurut ulasan yang ambil oleh CNBC yang di tulis oleh Liputan6, menyatakan bahawa budaya kerja di Facebook tidak begitu baik.

Foto: Business Insider

Para pekerja harus menunjukan kepada masyarakat bahawa tempat kerja mereka sangat menyenangkan, meskipun si pekerja tidak merasa sebegitu.

Namun tiada apa yang mampu para pekerja lakukan melainkan menurut arahan pegawai atasan. Selain itu, Facebook juga memakai sistem penilaian berdasarkan ulasan rakan sekerja.

Foto: Medium

Sistem ini di lihat seperti adil, tetapi jika rakan sekerja itu tidak jujur lalu ‘menikam’ rakan sekerja yang lain dari belakang tiada siapa yang tahu bukan? Di tambah pula dengan tempat kerja yang kurang menyenangkan, merumitkan lagi keadaan.

Foto: Eric Tippetts

Apa-apa pun ujian di tempat kerja itu pasti, tempat kerja kurang menyenangkan juga salah satu dari ujian di alam pekerjaan. Oleh itu, anda harus menjadi pekerja yang bijak menangani isu sebegini dengan matang, jika perkara ini berlaku di tempat anda tangani ia secara bijak dan rasional.