Semestinya sebelum membeli barangan dapur, anda pasti akan membuat senarai barangan yang mahu di beli bukan? Malah, kini terdapat pelbagai aplikasi yang dapat membantu anda membuat senarai barangan dapur.
Dan antara aplikasi yang semakin popular adalah ‘Any.do’ yang merupakan software to-do-list yang semakin di minati ramai.
Software ini bekerjasama dengan Siri, Alexa dan Google Assistant yang dapat membantu meluaskan lagi jaringan simpanan melalui pelbagai jenis gajet.
Any.do dapat memudahkan urusan anda dengan menyenaraikan barang – barang yang anda mahu beli, aplikasi secara automatik akan menyusun nama barangan mengikut kategori barang.
Selain itu, aplikasi ini juga akan menyimpan rekod senarai barang dapur yang telah anda catat sebelum ini untuk simpanan dan rujukan anda di masa akan datang.
Dan ini akan membantu anda menyemak jika ada senarai barangan dapur yang tertinggal sebelum anda membeli barang!