Tech

TIME – Tawar Jalinan Hubungan Bersama Microsoft Azure Beri Nafas Baru Kepada Malaysia

TIME dotCom (TIME) baru-baru ini melancarkan TIME Cloud Interconnect Direct (TCID) iaitu salah satu yang pertama menawarkan tawaran jalinan peribadi bersama Azure melalui Microsoft Azure ExpressRoute site di Malaysia.

Foto: TIME dotCom

Melalui jalinan istimewa ini TIME dan juga Azure dapat memberi pelanggan mereka merasai high-level interconnection serta akses secara global terutama di dalam keperluan arkitek dan mengukuhkan pengalaman hybrid cloud secara global.

Malah menurut Ross Ortega, rakan kongsi PM Manager kepada Microsoft Azure Networking di Microsoft Corp,

“Kami amat berbesar hati dapat meluaskan market serta jaringan Microsoft Azure ExpressRoute ini di Malaysia. Dengan adanya perkhidmatan serta kerjasama bersama TIME, dan ini dapat membantu para usahawan untuk memperluaskan market perniagaan mereka”

Foto: TIME dotCom

Ini merupakan satu kerjasama yang baik di antara dua syarikat gergasi dan juga yang pertama di Malaysia yang di tawarkan jalinan peribadi sebegini rupa.

Selain itu, TCID juga di link secara terus ke Microsoft Azure ExpressRoute melalui bypass jaringan internet yang diperkasa dengan kelajuan dan security.