Telefon

Sah! OPPO F5 Tiba Di Malaysia 2 November Ini

Sebelum ini, kami pernah berkongsi berita gembira untuk peminat Oppo dimana peranti terbaru mereka F5 bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Rasmi Di Malaysia Pada 2 November

Nampaknya tarikh rasmi F5 di Malaysia sudah tersebar luas dimana pada 2 November ini menurut kenyataan medianya, bakal dirasmikan. Namun butiran lanjut mengenai peranti tersebut masih belum didedahkan

Teaser OPPO 5 Di Malaysia

Seperti yang dijangka, syarikat berkenaan mengambil langkah pendekatan untuk bongkarkan segala – galanya pada hari pelancaran nanti. Jika dilihat pada  beberapa maklumat yang bocor di internet, F5 dikatakan menjadi peranti pertama yang menawarkan paparan 18:9 yang bakal popular tidak lama lagi. Malah ianya juga dikatakan tersedia dengan prosessor Qualcomm Snapdragon 660 processor, 6GB RAM, 64GB memori dalaman dan bateri 4000mAh.

OPPO yang sememangnya terkenal dengan jolokan “Selfie Expert” dikhabarkan mempunyai kamera 20MP dan kamere hadapan 16MP. Jika benar sememangnya ini bukanlah satu kejutan kerana mereka berjaya mempengaruhinya. Adakah ramalan spesifikasi ini sama seperti yang terlihat pada Oppo F5 kelak? Nantikan perkembangan lanjut pada 2 November ini.

Sumber Lowyat.net