Tech, Gadget

OPPO Reno Gajet Terbaru Dengan Kehadiran Kamera Pop-Up Yang Pelik

Nampaknya OPPO bakal tampil dengan telefon bimbit terbaru iaitu OPPO Reno, kali ini syarikat elektronik ini mendedahkan serba sedikit butiran tentang telefon ini di dalam videonya dan menariknya ia menampilkan tentang fungsi kamera pop-up yang pelik!

Foto: Android Authority

Sistem kamera yang lebih besar dari biasa ini, memberikan kelebihan fotografi yang optimum. Bukan itu saja, speaker dan flash kamera juga lebih besar dari saiz yang kebiasaannya terdapat pada telefon bimbit.

YouTube video

Manakala dari segi spesifikasi pula, OPPO Reno ini di katakan menggunakan cip daripada Qualcomm Snapdragon 710 SoC yang dilengkapi dengan gel tahan haba yang menghilangkan suhu yang terlalu panas pada perisian telefon bimbit.

OPPO Reno ini memiliki dua kamera dan pengesan cap jari di bahagian belakang telefon bimbit. Tetapi ia juga mungkin menukar pengesan cap jari di dalam skrin sebagai in-display scanner apa-apa pun sama-sama kita nantikan maklumat rasmi dari pihak OPPO tentang telefon yang bakal di pasaran ini nanti.