Walaupun Apple masih belum mengumumkan tarikh sebenar iPhone X berada di pasaran di Malaysia, syarikat itu baru-baru ini mendedahkan harga telefon untuk pasaran di Malaysia. Harganya pada RM 5,149 untuk 64GB dan RM5,899 untuk 256GB, dan semestinya tak semua rakyat Malaysia akan mampu memilikinya. Serius mahal!
Menurut pendedahan eksklusif dari Lowyat.net, sama seperti iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, pengguna di Malaysia perlu membayar lebih banyak untuk memilikinya peranti baru berbanding dengan yang ada di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, perbezaannya jauh lebih tinggi seperti yang ditunjukkan oleh jadual ini:
iPhone X Price Malaysia vs Dunia
Walaupun kita kena akui sememang harga telefon pintar kebanyakkan kini lebih mahal daripada sebelumnya, persoalannya ialah adakah terdapat banyak pengguna di Malaysia yang sanggup membayar antara RM5,150 hingga RM5,900 untuk telefon pintar?
Sumber Lowyat.net