Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Games

‘Where Winds Meet’ Versi Mobile Dilancar 12 Disember

Sokong Cross-Play & Cross-Progression Dengan PC/PS5

by Iffah Najwa
December 1, 2025
in Games, Gaming, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

NetEase Games akhirnya mengumumkan tarikh rasmi pelancaran versi mudah alih Where Winds Meet, iaitu pada 12 Disember 2025 untuk pengguna iOS dan Android.

Pre-registration kini dibuka, menandakan satu lagi langkah besar bagi RPG aksi open-world berlatar era Five Dynasties dan Ten Kingdoms di China itu.

Pengalaman Konsol Kini Dibawa Ke Telefon Pintar

Dibangunkan oleh Everstone Studio, Where Winds Meet membawa naratif seorang pemuda pendekar yang merungkai sejarah silamnya sambil mengharungi zaman penuh pergolakan.

Selepas versi PC dan PS5 dilancarkan pada 15 November lalu, permainan ini mencatat lebih 9 juta pemain serta mencecah 250,000 pemain serentak di Steam, satu angka yang membuktikan sambutan globalnya.

Kini, pengalaman sama dibawa ke peranti mudah alih melalui antaramuka baharu yang dioptimumkan khas untuk sentuhan.

Lebih menarik, versi mobile menyokong cross-play dan cross-progression, membolehkan pemain meneruskan kemajuan karakter yang sama di mana-mana platform tanpa halangan.

いつもご愛顧いただき、ありがとうございます。

『風燕伝: Where Winds Meet』モバイル版が
12月12日(金)にグローバルリリース決定!

「江湖」の世界を手のひらに!
モバイル版はPC版、PS5版とゲーム進捗を共有できます。
いつでもどこでも、手軽にプレイできます。

公式サイト、App… pic.twitter.com/rUSiQ4qJMy

— 風燕伝:Where Winds Meet (@WWM_JP) November 30, 2025

UI Dioptimumkan & Permainan Merentas Platform

Versi mudah alih ini hadir dengan UI yang disesuaikan semula agar kawalan menjadi lebih lancar dan intuitif. Sama ada anda bermain di PC, konsol atau telefon, semuanya berkongsi dunia yang sama. Memudahkan rakan-rakan meneruskan pengembaraan bersama tanpa mengira platform.

Ciri ini menjadikan Where Winds Meet lebih inklusif dan membina komuniti permainan yang lebih bersatu.

Pengiktirafan Tinggi & Dunia Terbuka Yang Sarat Perincian

Sejak pelancaran global, permainan ini menerima 88% ulasan positif di Steam, hasil gabungan rekaan seni memukau, penceritaan yang kaya serta dunia terbuka yang dibina dengan penuh ketelitian.

Berlatarkan China abad ke-10, termasuk kawasan seperti Qinghe dan Kaifeng, pemain bebas meneroka pelbagai side quest yang berkembang secara berbeza berdasarkan pilihan individu.

Kredit foto: Steam

Sistem interaksi NPC turut menjadi salah satu elemen paling unik. Pemain bebas mempengaruhi NPC dengan memujuk, memarahi, mencabar, membantu malah memberi nasihat hidup, sekali gus menghidupkan suasana dunia wuxia yang dinamik.

Mod Multiplay Yang Mengukuhkan Hubungan Komuniti

Selain pengembaraan solo, Where Winds Meet turut menawarkan pelbagai ciri multiplayer yang memupuk kerjasama dan solidariti antara pemain.

Sama ada membantu rakan yang cedera, menyelamatkan rakan yang ditawan atau menyertai upacara tertentu dalam permainan, momen-momen ini menambah nilai emosi kepada perjalanan pemain dalam dunia wuxia ini.

Ucapan Penghargaan Dari Pihak Pembangun

Penerbit utama Where Winds Meet, Beralt Lyu, menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan pemain global serta menegaskan bahawa maklum balas komuniti menjadi pemangkin untuk mereka menghasilkan pengalaman permainan yang lebih baik.

Versi mobile ini dijangka membuka ruang kepada lebih ramai pemain untuk menyertai dunia tersebut.

Kredit foto: Steam

Pra-Daftar Kini Dibuka

Peminat boleh mula pra-daftar melalui pautan yang disediakan oleh pihak rasmi bagi mendapatkan akses awal serta peluang memperoleh ganjaran dalam permainan.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Berita

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025
PEEK DAILY

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
PEEK DAILY

Tragedi Hong Kong: Menara Kediaman ‘Disambar Api’. Puluhan Terkorban, Ratusan Masih Hilang!

November 27, 2025
PEEK DAILY

Penjaga Parkir Warga Bangladesh Kutip Semua Saman DBKL, Netizen Terkejut!

November 27, 2025
Berita

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025
Luar Negara

“New Fear Unlocked” – Wanita Terpaksa Ke Hospital, Terlalu Percaya Dengan Straw Kaca

November 27, 2025
Next Post

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 - 4 Kali Seminggu

TRENDING

Risiko Banjir Meningkat: Negeri Utara & Pantai Timur Terjejas Teruk

November 25, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Bantuan Wang Ihsan RM1,000 Disalurkan Kepada Semua Mangsa Banjir Berdaftar

November 26, 2025

Wanita Hat Yai Terpaksa Simpan Jenazah Ibu Dalam Peti Sejuk Terapung Ketika Banjir Besar

November 27, 2025

NCT WISH Tukar Tarikh Konsert KL ke Februari 2026

October 27, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.