Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Berita

Wartawan Palestin Saleh Al-Jafarawi Maut Ditembak Dalam Pergolakan Pasca-Gencatan Senjata Gaza

by Iffah Najwa
October 13, 2025
in Berita, PEEK DAILY
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Wartawan Palestin, Saleh Al-Jafarawi, 28 tahun, dilaporkan maut selepas ditembak dalam insiden pertempuran bersenjata di kejiranan Sabra, Gaza City pada 12 Oktober 2025.

Menurut saksi tempatan, insiden berlaku ketika Al-Jafarawi sedang membuat liputan mengenai pertembungan antara pasukan keselamatan Hamas dan anggota militan daripada puak Doghmush, yang dikatakan mempunyai kaitan dengan pihak Israel.

Beliau dilaporkan ditembak tujuh kali pada jarak sebelum mayatnya ditemui di atas sebuah trak dengan memakai jaket kali peluru bertanda “PRESS”.

Al-Jafarawi sebelum ini dikenali ramai keran liputannya tentang penderitaan rakyat Gaza sepanjang dua tahun peperangan Israel di wilayah itu. Beliau sering berkongsi keadaan di lapangangan menerusi media sosial.

Selain itu, wartawan muda itu juga pernah mendedahkan bahawa beliau menerima pelbagai ancaman daripada Israel akibat liputannya yang lantang.

Saleh dikenali sebagai antara suara paling lantang menceritakan realiti kehidupan di Gaza. Setiap videonya menggambarkan keberanian, ketabahan dan penderitaan masyarakat Palestin yang terperangkap di tengah perang berpanjangan.

Kematian beliau menonjolkan ketidakstabilan yang masih menyelubungi Gaza meskipun gencatan senjata antara Israel dan Hamas baru sahaja memasuki hari ketiga.

Pihak berkuasa tempatan sebelum ini memberi amaran bahawa keselamatan di wilayah tersebut kekal mencabar, khususnya selepas ramai penduduk mula pulang ke bandar daripada kawasan selatan Gaza.

Sumber keselamatan Gaza memaklumkan bahawa pasukan keselamatan kini mengepung kumpulan bersenjata yang dipercayai menentang mereka bagi mengawal situasi yang semakin tegang.

Kematian Al-Jafarawi menambah kepada lebih 270 pekerja media yang terbunuh sejak perang Israel-Palestin tercetus pada Oktober 2023, menjadikannya konflik paling berdarah buat wartawan dalam sejarah moden.

Sementara itu, pemimpin dunia dijangka berhimpun di Sharm el-Sheikh, Mesir, bagi menghadiri Sidang Kemuncak Gaza yang bertujuan memperkukuh keamanan serantau dan memeterai dokumen rasmi penamatan perang di wilayah tersebut.

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Berita

8,000 Kereta Tenggelam Banjir di Hat Yai

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
Next Post

Demi Gaza! Inilah Maksud Di Sebalik Misi Sumud Flotilla Yang Buat Ramai Kagum

TRENDING

Lebih 53,000 Pasangan Islam Bercerai Dalam Tempoh Sembilan Bulan, JKSM Bongkar Lima Punca Utama

November 10, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025

Ramai Tak Tahu! Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Wau Bulan Yang Jadi Ikon Malaysia

October 28, 2025

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
Foto: Techlicious

Ikuti 5 Cara Mudah Mengatasi Telefon Bimbit Mati

January 15, 2019
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2026 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.