Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home Tech

Wah! Selepas Ini Ada Jambatan Melaka Ke Indonesia, Bila Nak Siap?

by Nurul
September 9, 2022
in Tech
6
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

BERNAMA, melaporkan laluan baru menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera, Indonesia melalui Masjid Tanah-Dumai melibatkan jarak kira-kira 120 kilometer (km) bakal dibangunkan dengan kerjasama syarikat swasta.

Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Ab Rauf Yusoh berkata laluan yang dirancang dibina dalam bentuk terowong atau jambatan itu dijangka mengambil masa 20 tahun sekali gus memberi impak kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negara dalam pelbagai sektor khususnya perindustrian dan pelaburan.

“Cadangan pembinaan laluan ini telah dikemukakan pihak swasta dan menerusi kajian yang dilakukan, jarak antara pesisir pantai di Dumai, Indonesia ke Telok Gong, Masjid Tanah di sini hanya sejauh 47 km.

Beliau berkata laluan berkonsepkan ‘Satu Jalur Satu Jalan’ itu akan menjadi ikon baru kedua-dua negara dan pelbagai prasarana akan turut dibangunkan termasuk kawasan penyuraian trafik dan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

“Secara dasarnya kedua-dua negara telah bersetuju untuk perkara ini diperincikan dan langkah awal di peringkat kerajaan negeri Melaka, kita telah membawa semua agensi kerajaan melihat kawasan yang akan dibina jajaran baru ini semalam,” katanya kepada pemberita selepas sesi temu bual dalam Program Apa Khabar YB bersama Melakafm pada Khamis (8 Sep), seperti dinukil BERNAMA.

Encik Ab Rauf berkata selain itu, kawasan perindustrian baru yang menempatkan pelbagai kegiatan perindustrian seperti semikonduktor dan automotif akan dibangunkan secara berperingkat di Masjid Tanah melibatkan keluasan kira-kira 2,023 hektar.

Katanya perancangan pembangunan kawasan perindustrian itu akan dilakukan menerusi Melaka Corporation sekali gus dijangka turut menyumbang kepada pembukaan bandar baru di Masjid Tanah.

Share2Tweet2Pin1

Related Posts

Gadget

Valve Steam Machine Bakal Dijual Setara PC Gaming, Bukan Harga Konsol

November 25, 2025
PEEK DAILY

Nexpert Academy Buka Laluan Emas Bakat Bumiputera Dalam AI & Teknologi Masa Depan

November 27, 2025
PEEK DAILY

Gemini 3: Model Chatbox Terbaru Google

November 20, 2025
Inovasi

Hab Inovasi Garuda Spark: Inovasi Digital Di Medan

November 10, 2025
How To

Oh, Berlakunya Pelanggaran Data Terhadap Gmail!?

October 29, 2025
Aplikasi

OpenAI Lancar Atlas, Pelayar AI Baharu ‘Cabar’ Kuasa Google!

October 22, 2025
Next Post

Teksi Elektrik Pertama Di Malaysia Akan Dilancarkan

TRENDING

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

Dividen ASB 2025 Dijangka Kekal Stabil Antara 5.3–6.0 Sen

December 1, 2025

Serbuan Songsang Chow Kit: Guru Antara 201 Ditahan, i-Guru Desak KPM Bertindak Tegas

December 1, 2025

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

‘Lesen Nafsu’ Dijadikan Tuntutan? Tekan Hak Batin 3 – 4 Kali Seminggu

December 1, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.