Hangat.com
TRENDING
No Result
View All Result
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
SUBSCRIBE
  • Berita
  • Aplikasi
  • Gadget
  • Inovasi
  • Gaming
  • Internet
No Result
View All Result
Hangat.com
No Result
View All Result
Home PEEK DAILY

Wah? Pelajar TVET Menghasilkan Sistem Penggera Api!

by Bunyamin Azuddin
October 29, 2025
in PEEK DAILY, Trivia
5
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah kalian bahawa terdapat tiga pelajar tingkatan empat, kesemuanya berusia 16 tahun, yang bertanggungjawab menghasilkan sistem penggera api yang lebih mantap?

Muhd Aiediq Muhaimin Mohamad Zawawi, Ahmad Fahim Luthfi Mohamad Safri, dan Muhammad Aniq Fikir Azman adalah nama mereka, berasal juga dari Sekolah Menengah Teknik Kuantan (SMT Kuatan)! Wah, tidak sangka pelajar TVET yang menciptakan inovasi ini!

Tapi sistem lampiran apa yang terdapat dalam inovasi ini? Well, pertama sekali adalah di mana pengesanan automatik malah bantuan mekanikal digabungkan menjadi satu untuk mencipta inovasi ini. Tapi apa dimaksudkan dengan ini?

Penerangannya diambil semasa Karnival Pendidikan TVET Madani 2025 di KSL Esplanade Mall pada Ahad yang lepas.

Muhd Aiediq menyatakan sebegini:

“Kami menciptakan FEAES ini dengan dua mod penderiaan utama. Sensor pengesan asap akan mengaktifkan kipas pengudaraan untuk membantu meminimumkan risiko sesak nafas.

“Pada masa sama, sensor nyalaan pula menghasilkan bunyi buzzer kuat dan yang paling penting, ia mengaktifkan dua motor servo untuk membuka pintu keluar secara automatik.”

Ahmad Fahim Luthfi kemudian membuat komen tentang sistem alarm:

“Bayangkan jika api berlaku di dapur pada waktu malam. Alarm akan berbunyi mengejutkan semua dan pintu kecemasan automatik terbuka.

“Ini menjimatkan masa yang amat kritikal apabila laluan telah tersedia dan mudah diakses oleh sesiapa sahaja, terutamanya mereka yang sukar bergerak pantas.”

Malah, sistem ini juga dilengkapi dengan lampu LED yang berfungsi sebagai penunjuk laluan melarikan diri, meningkatkan keterlihatan dalam keadaan gelap atau berasap.

Muhammmad Aniq Fikir menegaskan bahawa harga sistem amaran konvesional di pasaran lebih mahal berbanding FEAES. Dia juga mengujarkan yang sistem ini adalah untuk rumah, mereka memastikan aspek kos dan pemasangan adalah sangat mudah.

Dengan perkara-perkara ini, sistem inovasi ini menawarkan penyelesaian keselamatan kebakaran yang holistik menangani ancaman api dan asap tebal dalam satu tempat!

Namun begitu, Muhd Aiediq Muhaimin mengujarkan yang proses pembangunan sistem ini tidak mudah dari segi teknikal apabila membuat ‘coding,’  di mana ia memerlukan ketelitian bagi memastikan semua sensor berfungsi dengan pantas dan serentak untuk tindak balas yang efektif.


Kebaikan Utama Yang Ditawar:

Pengurangan Keputusan Manusia

  • Dengan pembukaan laluan keluar secara automatik, ia membolehkan penghuni terus melarikan dir tanpa membuang masa mencari jalan

Meningkatkan Peluang Kelangsungan Hidup Golongan Terdedah

  • Dengan menyediakan kipas pengudaraan untuk mengurangkan asap dan pintu keluaran automatik bagi memudahkan pelarian, ia amat membantu kepada golongan warga emas dan kanak-kanak

Keselamatan Menyeluruh

  • Menyediakan keselamatan menyeluruhkan dengan menangani ancaman api dan asap tebal secara serentak melalui pengesanan api untuk membuka laluan dan pengesanan asap untuk meminimakan risiko sesak nafas

FEAES direka untuk melindungi nyawa terutama warga emas dan kanak-kanak, malah untuk kemudahan berisiko tinggi: asrama sekolah, rumah, dan tempat awam.

Ia juga dilihat sebagai satu inovasi keselamatan baharu yang perlu dipertimbangkan untuk pemasangan akibat penawaran mekanisme bantuan langsung yang dikehendaki sewaktu detik cemas.

Inovasi jga menawarkan jawapan yang berpatutan dengan penyepaduan pengesanan, pengudaraan, keterlihatan, serta bantuan pelarian mekanikal dalam satu sistem yang boleh dipercayai untuk peningkatan keselamatan kebakaran di kediaman

Rujukan: Majoriti

Share2Tweet1Pin

Related Posts

Games

Sony Perkenal Controller PS5 Edisi Terhad Genshin Impact

December 3, 2025
PEEK DAILY

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025
PEEK DAILY

Budaya Songsang: Ancaman Fitrah, Moral & Masa Depan Masyarakat

December 2, 2025
PEEK DAILY

Baca Al-Quran Guna Telefon Tanpa Wuduk, Boleh Ke? Ini Penjelasan Sebenar

December 2, 2025
Games

GTA 6 Dijangka Meletup Di 2026 — Tetapi Adakah PS6 Lebih Awal Dari Yang Kita Sangka?

December 2, 2025
PEEK DAILY

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025
Next Post

Serenity Forge Lancar Demo Fractured Blooms, Gabung Unsur Seram Psikologi dan Simulasi Kehidupan

TRENDING

Hampir 10 Kenderaan Rosak, Stesen PETRONAS BBN Nilai Ditutup Dakwaan Petrol Bercampur Air

November 19, 2025

Siri Dramatik Safira (Bukan Nama Sebenar) Dirasmi Akan Datang

November 10, 2025

(EKSKLUSIF) Dah Mula Kerja Terus Kena ‘Sponsor’ Keluarga?

December 2, 2025

Batik Malaysia vs Batik Indonesia: Nampak Sama Tapi Sebenarnya Banyak Beza!

October 29, 2025

Kenapa Kelantan Selalu Banjir Hujung Tahun? Ini Puncanya!

December 2, 2025

Apakah Perbezaan Antara STR Dan SARA?

October 21, 2025
  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

© 2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Automotif
  • Contact
  • Demo Homepage
  • Example of Shortcodes
  • Full Screen Home
  • Full Screen Slider Home
  • Home
  • Home 1
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 2
  • Infinite Scroll Home
  • No Sidebar Home
  • Sample Page
  • Simple Four
  • Simple One
  • Simple Three
  • Simple Two

© 2025 JNews - Premium WordPress news & magazine theme by Jegtheme.