Semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 tengah berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia, ramai yang tertanya satu soalan yang asas: mengapakah tidak mengadakan sidang tersebut di Putrajaya dan bukannya di Kuala Lumpur, di mana sebabnya adalah acara tersebut akan mengganggu norma aktiviti warga kota, trafik lebih ramalan, dan keberangkalian ancaman kurang akibat persekitaran bandar yang terancang (tidak banyak pembolehubah). Namun begitu, terdapat faktor-faktor yang menyebabkan Kuala Lumpur dijadikan sebagai tempat utama:
Kemudahan Kediaman
@mknselangor Replying to @budusinggang12 Kenapa Persidangan ASEAN Dibuat di Kuala Lumpur Bukan Putrajaya? Jom dengarkan penjelasan daripada YB Dato’ Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri. Kredit video ; kamilcarlos2911 #sidangkemuncakasean2025 #AseanMalaysia2025 #KualaLumpur #ASEAN #fyp
Sebelum menyatakan sebab dari TikTok tersebut, untuk memulakan yang paling terus tenang, adalah di mana negara Malaysia sendiri, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam terlibat dalam peristiwa; malah juga terkira negara rakan dialog seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan, China, Rusia, India, dan Kesatuan Eropah.
Oleh sebab ini, ia adalah tanggungjawab Malaysia untuk memberi penginapan dan keramahan yang mantap kepada tetamu-tetamu luar negara agar silaturahim dan tanda kehormatan dapat berlaku; oleh itu, Kuala Lumpur mempunyai hotel yang memberi kedua-dua manfaat yang lebih hebat berbanding yang terletak di Putrajaya.
Ia juga adalah di mana dia menyatakan bahawa Kuala Lumpur juga mempunyai cukup bilangan hotel di kawasan sekitar KLCC, lalu memudahkahkan semua pihak untuk mengadakan persidangan akibat kemudahan tempat kediaman tetamu-tetamu negara yang banyak di kawasan tersebut
Status Kuala Lumpur Sebagai Ibu Negara
Seperti yang dinyatakan, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata sebegini:
“Memang kebiasaannya, sidang kemuncak diadakan di ibu negara, ia satu pilihan di mana kita harap dapat menunjukkan kehebatan Kuala Lumpur selepas 10 tahun, kerana kali terakhir sidang kemuncak ini berlangsung di negara kita ialah sedekad lepas.
“Dalam masa yang sama, saya ambil maklum ramai yang terkesan dan terpaksa merancang perjalanan. Jadi saya harap syarikat swasta dapat mengambil saranan perdana menteri untuk membenarkan pekerja bekerja dari rumah.”
Menurut olehnya lagi, acara seperti ini jarang berlaku lalu kerajaan ingin menggunakan sebaik mungkin, terutama ketika pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perhatian dan buah mulut masyarakat antarabangsa; tambahan juga di mana Malaysia pernah menjadi hos kepada Sidang Kemuncak ASEAN 2015 yang mana ia diadakan di Kuala Lumpur juga, dan mana ia mencatat sejarah dengan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dalam kerangka ASEAN-US Summit.
Itu sahajalah sebab-sebab mengapa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 ini berlangsung di Kuala Lumpur dan bukannya di Putrajaya.